Tren penanaman dan kegunaan tumbuhan herba dalam kalangan masyarakat Melayu di Balik Pulau, Pulau Pinang

Balik Pulau merupakan daerah yang masih kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Melayu tradisional. Jika dibandingkan dengan daerah Timur Laut yang membangun dengan pesat akibat proses pembandaran, masyarakat Melayu di Balik Pulau masih mengamalkan konsep perkarangan tanaman herba. Ob...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salfarina Abdul Gapor, Daniel Ugih Anak Echoh
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7896/
http://journalarticle.ukm.my/7896/
http://journalarticle.ukm.my/7896/1/001-009.pdf
Description
Summary:Balik Pulau merupakan daerah yang masih kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Melayu tradisional. Jika dibandingkan dengan daerah Timur Laut yang membangun dengan pesat akibat proses pembandaran, masyarakat Melayu di Balik Pulau masih mengamalkan konsep perkarangan tanaman herba. Objektif artikel ini adalah untuk menerangkan tren penanaman tumbuhan herba dan kegunaannya dalam kehidupan seharian masyarakat di Balik Pulau. Antara tumbuhan herba yang ditanam adalah seperti serai, pegaga, cili, limau purut, limau nipis, limau kasturi dan banyak lagi. Tumbuhan herba tersebut digunakan untuk tujuan masakan, perubatan, hiasan dan ada juga untuk tujuan komersial. Kaedah penyelidikan kuantitatif telah dipilih dengan melakukan survei di lima buah kampung iaitu Kampung Pulau Betong, Kampung Terang, Kampung Genting, Kampung Sungai Burong dan Kampung Jalan Bharu. Berdasarkan penemuan, majoriti responden yang ditemubual masih menanam tumbuhan herba yang biasa digunakan seperti, serai, pandan, kunyit, lengkuas, dan daun kari. Kebanyakannya digunakan untuk tujuan masakan, manakala hanya segelintir sahaja yang menggunakan tumbuhan herba untuk perubatan dan perhiasan.