Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak

Orang Ulu merupakan komuniti minoriti di Sarawak yang mempunyai adat resam dan budaya yang unik dan menarik. Dari sudut lokasi geografi pilihan raya, majoriti mereka tinggal dan sebagai pengundi di 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Belaga, Ba’kelalan, Telang Usan dan Batu Danau y...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon, Mohd Azlan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7869/
http://journalarticle.ukm.my/7869/
http://journalarticle.ukm.my/7869/1/12x.geografia-okt14-junaidi-edkatam.pdf
Description
Summary:Orang Ulu merupakan komuniti minoriti di Sarawak yang mempunyai adat resam dan budaya yang unik dan menarik. Dari sudut lokasi geografi pilihan raya, majoriti mereka tinggal dan sebagai pengundi di 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Belaga, Ba’kelalan, Telang Usan dan Batu Danau yang berkedudukan di bahagian tengah, timur dan utara pedalaman Sarawak. Faktor keterpencilan dan tidak terdedah dengan arus pemodenan menyebabkan pandangan politik mereka jarang kedengaran dan terpinggir. Namun demikian, golongan muda Orang Ulu yang berpelajaran serta berhijrah dari perkampungan asal mereka telah mula merubah pemikiran seterusnya cuba beradaptasi dengan majoriti masyarakat luar yang berfikiran terbuka. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini untuk menganalisis politik Orang Ulu dari sudut partisipasi dan persepsi mereka ketika pilihan raya DUN Sarawak 2011. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian di lapangan menunjukkan bahawa 83.8 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasikan oleh pengundi. Dari aspek governans pula, 68.8 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan dasar/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam memantapkan pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat. Dari sudut tingkahlaku politik, jika dilihat kepada status pendaftaran sebagai pemilih/pengundi, 78.0 peratus menyatakan mereka sudah mendaftar sebagai pemilih. Seterusnya, 5.0 peratus menyatakan mereka menganggotai parti politik PBB, 13.8 peratus menyertai SPDP, 8.8 peratus merupakan ahli PRS, 3.8 peratus menjadi ahli SNAP dan 5.0 peratus merupakan ahli PKR dan 63.8 peratus menyatakan tidak menyertai mana-mana parti politik. Responden menjangkakan BN akan berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak.