Analisis SWOT(C) prospek pembangunan ekotourism di petempatan Orang Asli Lanoh, Perak
Pembangunan golongan mudah terjejas seperti orang asli menjadi agenda utama pasca pilihanraya kerajaan Malaysia sekarang ini. Sehubungan itu, kajian telah dijalankan ke atas Orang Asli Lanoh untuk melihat potensi kemajuan komuniti tersebut dalam program pembangunan pelancongan di Lembah Lenggong,...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7868/ http://journalarticle.ukm.my/7868/ http://journalarticle.ukm.my/7868/1/11x.geografia-okt14-MainRindam-edam.pdf |
Summary: | Pembangunan golongan mudah terjejas seperti orang asli menjadi agenda utama pasca pilihanraya kerajaan
Malaysia sekarang ini. Sehubungan itu, kajian telah dijalankan ke atas Orang Asli Lanoh untuk melihat potensi
kemajuan komuniti tersebut dalam program pembangunan pelancongan di Lembah Lenggong, Perak sebagai sebuah
tapak warisan dunia. Melalui analisis SWOT(C) kajian ini mengenalpasti aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman atau cabaran yang dihadapi Orang Asli Lanoh berhubung dengan sektor pelancongan. Dari segi ‘kekuatan’
kajian mendapati Orang Asli Lanoh mempunyai kekuatan dalaman untuk berubah sama seperti (i) menerima konsep
penempatan kekal di PSK yang bererti mereka memiliki daya tahan untuk tinggal di rumah beratapkan zink
berbanding rumbia dan berdindingkan batu bata berbanding buluh dan rotan, dan (ii) ) menerima penggunaan
teknologi elektronik seperti TV dan gaget telefon bimbit yang bererti keterbukaan mereka kepada pelbagai
maklumat dari luar. Dari segi ‘kelemahan’ kajian mendapati keterpencilan atau keterasingan Orang Asli Lanoh
menyebabkan mereka tidak dapat menghimpunkan elemen kebersamaan dengan komuniti orang asli lain untuk
misalnya menghasilkan satu kooperasi. Dari segi ‘peluang’ kajian mendapati wujudnya pelbagai dasar, plan
strategik, dan program pembangunan modal insan bagi pembangunan sosio-ekonomi Orang Asli seperti Lanoh.
Dari segi ‘ancaman dan cabaran’ kajian mendapati komuniti Lanoh mengalami (i) impak kekurangan modal insan
akibat migrasi ke luar anggota komuniti untuk bekerja; (ii) kesan Akta 134 yang melarang orang asing berada
dalam Rezab Orang Asli yang bererti pelancongan tidak dapat dimajukan di kawasan Orang Asli Lanoh; (iii) isu
keciciran dalam pendidikan anak-anak Lanoh; dan (iv) isu persekitaran seperti hakisan tanah dan gangguan aliran
Sungai Soh ekoran aktiviti penebangan dan penerokaan haram Rezab hutan simpan di tempat mereka. |
---|