Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan
Meningkatkan taraf hidup golongan rentan seperti komuniti orang asli memang merupakan tujahan utama dalam perjuangan panjang Malaysia merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara. Untuk ini pendidikan formal bagi anak orang asli memang dianggap sebagai mekanisma paling tepat. Kertas ini ber...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7867/ http://journalarticle.ukm.my/7867/ http://journalarticle.ukm.my/7867/1/10x.geografia-okt14-wan_afizi-edam.pdf |
Summary: | Meningkatkan taraf hidup golongan rentan seperti komuniti orang asli memang merupakan tujahan utama dalam
perjuangan panjang Malaysia merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara. Untuk ini pendidikan formal
bagi anak orang asli memang dianggap sebagai mekanisma paling tepat. Kertas ini bertujuan mengenalpasti dan
menganalisis faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak Orang Asli. Kajian dijalankan di SK Pos
Brooke dan SK Pos Pulat yang terletak di Jajahan Gua Musang Kelantan. Data kajian di perolehi melalui kaedah
soalselidik, temubual dan permerhatian di lapangan. Respoden kajian melibatkan 26 orang guru dan 50 orang ibu
bapa Orang Asli. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan prestasi pendidikan pelajar Orang Asli di
kawasan kajian berada di peringkat yang sangat rendah, walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dan pelbagai
program pendidikan telah dilaksanakan untuk mereka. Faktor yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi pencapaian
pendidikan anak-anak Orang Asli ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak,
pelajar kurang motivasi, halangan oleh persekitaran fizikal dan budaya yang tidak menerima kemajuan serta cabaran
guru. Bagi meningkatkan prestasi pendidikan generasi muda Orang Asli maka perlulah penyusunan semula program
pendidikan untuk Orang Asli oleh semua pihak yang berwajib. |
---|