Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia
Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi. Dalam konteks Malaysia, pilihan raya telah diadakan sejak 1955 sebelum merdeka dan tahun 1959 selepas merdeka. Tulisan ini menganalisis PRU 1978 hingga 2013 untuk melihat dinamika pencapaian parti-parti politik di Malaysia. Relevan PRU 197...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7839/ http://journalarticle.ukm.my/7839/ http://journalarticle.ukm.my/7839/1/4a.paper-jamaie.pdf |
Summary: | Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi. Dalam konteks Malaysia, pilihan raya telah diadakan
sejak 1955 sebelum merdeka dan tahun 1959 selepas merdeka. Tulisan ini menganalisis PRU 1978 hingga 2013
untuk melihat dinamika pencapaian parti-parti politik di Malaysia. Relevan PRU 1978 dipilih kerana PAS telah
dikeluarkan dari gabungan BN dan bermula dari itulah persaingan politik antara BN dan parti-parti oposisi menjadi
semakin dinamik dan menarik. Ini kerana terdapatnya jatuh bangun pencapaian parti politik sepanjang PRU 1978-
2013. Krisis dalaman parti dan konflik kepimpinan menjadi salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi
kebanyakan keputusan PRU. Bagi parti oposisi, krisis dalaman UMNO/BN memberi manfaat dan kelebihan kepada
mereka dalam beberapa siri PRU sehingga berjaya menawan beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga
BN bagi kerusi parlimen. Di samping itu, kerjasama antara parti oposisi turut menjadi faktor penting dalam
mempengaruhi keputusan PRU serta mewarnai politik pilihan raya di Malaysia. |
---|