Pilihan Raya Umum 2013: penolakan berterusan pengundi di Kelantan terhadap Barisan Nasional
Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) telah diadakan pada 5 Mei 2013. Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan di Malaysia namun bagi di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk penggal ke-6 bert...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7834/ http://journalarticle.ukm.my/7834/ http://journalarticle.ukm.my/7834/1/2a.paper-mohdfaidz.pdf |
Summary: | Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 13) telah diadakan pada 5 Mei 2013. Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan
pemerintahan di Malaysia namun bagi di negeri Kelantan, BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan
terus memberi mandat kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk penggal ke-6 berturut-turut apabila berjaya
menguasai majoriti 2/3 kerusi DUN dengan PAS menang 32 kerusi, BN 12 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat
(PKR) satu kerusi. Apa yang uniknya pilihan raya di Kelantan, pertembungan dua parti politik Melayu ini sering kali
memperlihatkan persaingan sengit antara dua buah parti ini. BN terus ditolak oleh rakyat Kelantan terutama di
kawasan bandar dan pekan-pekan kecil di Kelantan. Berdasarkan temubual dengan beberapa pemimpin parti politik
di Kelantan dan rujukan bahan sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama BN terus ditolak oleh
rakyat Kelantan adalah kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz disamping kegagalan Gelombang Merah di Kelantan
serta sokongan pengundi bandar kepada PAS. Secara ringkasnya, persaingan dua parti ini di Kelantan lebih tertumpu
kepada semangat kepartian kerana majoriti rakyat Kelantan adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Jadi
isu perkauman, kenaikan harga barang, isu bekalan air dan isu tanah tidak mempengaruhi secara keseluruhan
keputusan pilihan raya di Kelantan. Namun demikian semangat kepartian ini menjadi faktor utama PAS masih lagi
memerintah di Kelantan. Berdasarkan keputusan PRU 2013, keinginan rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan
tetap ada, tetapi masih sayangkan kepada kepimpinan PAS di negeri ini. |
---|