Pengaruh Bahasa Jawa dalam pembauran kod golongan muda Melayu berketurunan Jawa.

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan menilai sejauh mana pengaruh penggunaan bahasa Jawa menimbulkan fenomena pembauran kod dalam pertuturan dalam kalangan golongan muda. Kajian ini meninjau sejauh mana bahasa Jawa diamalkan oleh golongan muda yang berketurunan Jawa di kampung Sungai Lema...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Firdaus Pawit, Normahdiah Sheik Said
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM 2014
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7785/
http://journalarticle.ukm.my/7785/
http://journalarticle.ukm.my/7785/1/Pengaruh_bahasa_jawa_dalam_pembauran.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan menilai sejauh mana pengaruh penggunaan bahasa Jawa menimbulkan fenomena pembauran kod dalam pertuturan dalam kalangan golongan muda. Kajian ini meninjau sejauh mana bahasa Jawa diamalkan oleh golongan muda yang berketurunan Jawa di kampung Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Penulis juga mengenal pasti tempat-tempat yang menjadi kebiasaan dan kekerapan bagi golongan muda menuturkan bahasa Jawa serta mengemukakan contoh-contoh percampuran bahasa Jawa dan bahasa Melayu dalam perbualan seharian. Penyelidikan ini telah dilakukan melalui temu bual dan soal selidik. Kaji selidik dijalankan ke atas 40 orang responden golongan muda yang berumur 6 hingga 25 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa golongan muda pada peringkat rendah kurang menguasai penggunaan bahasa Jawa dan menyebabkan mereka mencampurkan bahasa Jawa dalam bahasa Melayu dalam komunikasi. Fenomena ini jika berlarutan dikhuatiri akan mengakibatkan kesalahan penggunaan bahasa, baik bahasa Melayu mahupun bahasa ibunda. Kajian ini penting bagi memberikan jaminan agar bahasa Melayu terus dimartabatkan seterusnya bahasa Jawa yang merupakan bahasa ibunda terus dipelihara dan tidak akan hilang penuturnya begitu sahaja. Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa penggunaan bahasa Jawa mempengaruhi fenomena pembauran kod dalam bahasa Melayu.