Faktor pentadbir dan pengetua dalam kecemerlangan guru cemerlang Pendidikan Islam dan guru di sekolah menengah: satu kajian kes

Artikel ini bertujuan membincangkan faktor pentadbir dan pengetua dalam kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) serta guru sekolah yang lain melalui satu kajian kes. Kajian dilaksanakan di lapan buah sekolah menengah di Malaysia yang melibat temu bual bersama GCPI, rakan guru, pelajar,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri, Mohd Izham Mohd Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/772/
http://journalarticle.ukm.my/772/
http://journalarticle.ukm.my/772/1/11_1.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan membincangkan faktor pentadbir dan pengetua dalam kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) serta guru sekolah yang lain melalui satu kajian kes. Kajian dilaksanakan di lapan buah sekolah menengah di Malaysia yang melibat temu bual bersama GCPI, rakan guru, pelajar, dan pengetua atau Penolong Kanan sekolah. Hasil temu bual ini kemudian disusun tadbir dengan program N’Vivo versi 7.0 untuk menghasilkan tema dan jadual matriks berkaitan dengan faktor pentadbir dan Pengetua dalam membantu kecemerlangan GCPI dan guru-guru di sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa kreateria penting pentadbir yang dianggap membantu kepada kecemerlangan GCPI dan guru-guru di sekolah iaitu, pentadbir yang berwawasan, berkebolehan memahami guru lain, berkebolehan merancang aktiviti, adil dalam dalam memberi peluang, adil dalam memberi penghargaan, mempertahankan pelaksanaan program yang dirancang, berani membuat keputusan, terbuka, dan tegas dalam membuat keputusan. Dalam aspek pentadbiran sekolah, kelapan-lapan kriteria ini membentuk satu model faktor luaran kecemerlangan GCPI dan guru-guru di sekolah.