Pengusaha premis penginapan Bumiputra Melayu Anak Kelantan: Keupayaan merealisasi perancangan pembangunan

Pembangunan premis penginapan pesisir pantai telah membangun dengan pesatnya di Negeri Kelantan pada awal tahun 2000 sehingga sekarang. Pelbagai jenis premis penginapan telah dibina termasuklah secara kecil-kecilan dan sederhana terutamanya oleh Bumiputra Melayu Anak Kelantan. Jabatan Perancang Ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asran Alias, Melasutra Md Dali
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7474/
http://journalarticle.ukm.my/7474/
http://journalarticle.ukm.my/7474/1/14okk.geografia-julai2014-asran%26melastura1-edam.pdf
Description
Summary:Pembangunan premis penginapan pesisir pantai telah membangun dengan pesatnya di Negeri Kelantan pada awal tahun 2000 sehingga sekarang. Pelbagai jenis premis penginapan telah dibina termasuklah secara kecil-kecilan dan sederhana terutamanya oleh Bumiputra Melayu Anak Kelantan. Jabatan Perancang Bandar & Desa telah mengeluarkan satu garis panduan dalam membangunkan kawasan pantai. Namun begitu, sejauhmanakah garis panduan tersebut dipatuhi? Pematuhan ini akan mewujudkan rangkaian perancangan yang berkesan seterusnya mewujudkan kawasan pembangunan yang mampan. Penulisan memfokus kepada pematuhan dan pemakaian pengusaha premis penginapan tersebut dalam membangunkannya. Perbincangan akan melihat kepada pembangunan fizikal yang telah dibangunkan oleh pengusaha samada bangunan, infrastruktur dan kawasan lapang. Kertas kerja ini menyingkap keupayaan pengusaha premis penginapan dalam merancang pembangunan melalui pematuhan kriteria perancangan. Kajian dijalankan dengan menemuduga premis penginapan terpilih dan Pusat Hentian Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan terlibat melalui borang kaji selidik kepada pengusaha dan pemerhatian terhadap pembangunan fizikal.