Menilai kepentingan relatif faktor keputusan-pemilihan destinasi migrasi mengguna pakai AHP dengan rujukan kepada Lembah Klang,Malaysia
Tingkah laku migrasi merupakan salah satu fenomena bandar yang unik dan sukar untuk difahami. Ini berikutan migrasi merupakan suatu masalah keputusan yang dicetuskan oleh multi-faktor. Maka, corak tingkah laku migrasi hanya boleh dianggarkan melalui kefahaman terhadap kepentingan relatif faktor-fa...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7472/ http://journalarticle.ukm.my/7472/ http://journalarticle.ukm.my/7472/1/12ok.geografia-julai14-MohdFadzil-edam.pdf |
Summary: | Tingkah laku migrasi merupakan salah satu fenomena bandar yang unik dan sukar untuk difahami. Ini berikutan
migrasi merupakan suatu masalah keputusan yang dicetuskan oleh multi-faktor. Maka, corak tingkah laku migrasi
hanya boleh dianggarkan melalui kefahaman terhadap kepentingan relatif faktor-faktor keputusan pemilihan
destinasi migrasi. Banyak teknik yang boleh diguna pakai untuk menilai kepentingan relatif multi-faktor dalam
masalah keputusan. AHP (Proses Hirarki Analitik) adalah salah satu teknik yang meluas diguna pakai dalam MCDA
(Analisis Keputusan Multi-Kriteria). Artikel ini bertujuan untuk membincangkan aplikasi AHP bagi menilai faktor
keputusan-pemilihan destinasi migrasi di kawasan bandar. Perbincangan ini dijangkakan akan memberi dua
sumbangan utama iaitu cara aplikasi AHP dan pada masa yang sama merumuskan kepentingan relatif faktor-faktor
yang mempengaruhi corak penyerakan migrasi di bandar. Artikel ini amat signifikan kepada jururancang bandar
kerana elemen migrasi memberi sumbangan yang besar terhadap proses urbanisasi dan perubahan demografi. Maka,
ia perlu diberi pertimbangan dan penekanan di dalam proses pembuatan keputusan di dalam perancangan bandar. |
---|