Kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam di Malaysia: Kes pekerja keluarga dwi-pendapatan

Artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan pekerja yang berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pekerja dalam sektor awam yang telah berkahwin dengan tumpuan khas kepada pekerja dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaimah Ramli, Jariah Masud, Sharifah Azizah Haron, Mumtazah Othman, Sarmila, MS, Abd Hair Awang
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7470/
http://journalarticle.ukm.my/7470/
http://journalarticle.ukm.my/7470/1/10okk.geografia-julai2014-zaimah_et_al-edkatam.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan kewangan pekerja yang berkahwin dalam sektor awam di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pekerja dalam sektor awam yang telah berkahwin dengan tumpuan khas kepada pekerja dalam keluarga dwi-pendapatan. Unit analisis adalah individu, sama ada suami atau isteri. Sejumlah 415 responden dilibatkan dalam kajian ini. Kesejahteraan kewangan diukur menggunakan skala Malaysian Financial Well-Being Scale (MFWBS). Tahap kesejahteraan kewangan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Hasil kajian menunjukkan 40 peratus responden adalah dalam kategori kesejahteraan kewangan tinggi, 49 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan sederhana dan 11 peratus dalam kategori kesejahteraan kewangan rendah. Secara keseluruhannya, kajian merumuskan bahawa tahap kesejahteraan kewangan pekerja berkahwin dalam keluarga dwi-pendapatan adalah pada tahap sederhana.