Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia
Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7469/ http://journalarticle.ukm.my/7469/ http://journalarticle.ukm.my/7469/1/9okk.geografia-julai14-Ramle%26Asmawi-etal-edkatam.pdf |
Summary: | Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia
yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini
dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (i)
Apakah konsep hutan dari perspektif mereka? (ii) Bagaimanakah sikap mereka untuk memastikan kelestarian
hutan? Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual
mendalam dengan 20 responden utama yang mewakili suku Semaq Beri di Kg. Sg. Pergam, Kemaman and Kg.
Sg. Berua, Hulu Terengganu. Hasil kajian menunjukkan suku kaum Semaq Beri mempunyai pemikiran yang
tersendiri berkenaan persekitaran hutan dalam kehidupan mereka. Antara lain, kepelbagaian biologi hutan
dipercayai anugerah kuasa ghaib untuk kesenangan dan keharmonian hidup manusia, iaitu membekalkan
keperluan seperti makanan, pendapatan, ubat-ubatan dan sumber lain. Justeru itu hutan rimba sering diibaratkan
sebagai ‘bank’, iaitu sebagai institusi tempat individu menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan
apabila perlu. Berasaskan persepsi sedemikian juga pendekatan suku kaum Semaq Beri dalam meneroka,
memelihara dan menjaga kelestarian hutan terbentuk supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi masa
kini dan akan datang. |
---|