Analisis aktiviti enzim dan elisa ke atas penanda biologi pergerakan gigi dalam cecair krevis gingiva manusia semasa rawatan ortodontik

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perhubungan diantara aktiviti spesifik laktat dehidrogenase (LDH), aspartat aminotransferase (AST), asid fosfatase rintang tartrat (TRAP) dan alkali fosfatase (ALP) dengan jumlah enzim masing-masing yang hadir dalam cecair krevis gingiva (gingiva crevic...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurfathiha, A.K., Rohaya, M.A.W., Sahidan, S., Abdul Aziz, J., Intan Zarina, Z.A., Zaidah, Z.A., Shahrul Hisham, Z.A.
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7298/
http://journalarticle.ukm.my/7298/
http://journalarticle.ukm.my/7298/1/43_1_15.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perhubungan diantara aktiviti spesifik laktat dehidrogenase (LDH), aspartat aminotransferase (AST), asid fosfatase rintang tartrat (TRAP) dan alkali fosfatase (ALP) dengan jumlah enzim masing-masing yang hadir dalam cecair krevis gingiva (gingiva crevicular fluid; GCF) semasa rawatan ortodontik dengan menggunakan analisis statistik. Sampel GCF diambil daripada 19 orang subjek ortodontik pada masa-masa tertentu; sebelum memakai pendakap gigi (basal) dan selepas memakai pendakap gigi [minggu 0 (sebelum dikenakan tekanan) dan minggu 1 hingga minggu 5 (selepas daya diberikan)]. Subjek menerima daya 1.0 N dan 1.5 N sama ada di bahagian kanan atau kiri arkus maksila. Pengasaian enzim dan analisis ELISA dilakukan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tiada korelasi yang tinggi dan signifikan (p>0.05) di antara jumlah enzim dengan aktiviti spesifik enzim semasa rawatan ortodontik pada kedua-dua daya (1.0 N dan 1.5 N) bagi kesemua enzim penanda yang dikaji; LDH (1.0 N, r=-0.28, p>0.05; 1.5 N, r=-0.08, p>0.05), AST (1.0 N, r=-0.49, p>0.05; 1.5 N, r=0.08, p>0.05), TRAP (1.0 N, r=0.016, p>0.05; 1.5 N, r=0.48, p>0.05) dan ALP (1.0 N, r=-0.28, p>0.05; 1.5 N, r=-0.08, p>0.05). Oleh itu, asai enzim lebih sesuai digunakan berbanding analisis ELISA untuk melihat profil aktiviti enzim penanda yang aktif semasa rawatan ortodontik berdasarkan kepada proses pergerakan gigi yang melibatkan enzim aktif.