Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat

Kajian ini adalah mengenai perancangan komunikasi kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam perancangan komunikasi kesihatan untuk mengubah amalan gaya hidup sihat . Selaras dengan itu, objektif kajian ini a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Manimaran Krishnan, Samsudin A Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7245/
http://journalarticle.ukm.my/7245/
http://journalarticle.ukm.my/7245/1/V30_1_8.pdf
id ukm-7245
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
institution_category Local University
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
language English
description Kajian ini adalah mengenai perancangan komunikasi kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam perancangan komunikasi kesihatan untuk mengubah amalan gaya hidup sihat . Selaras dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara beberapa faktor psiko-sosial dan komunikasi yang berperanan untuk membawa perubahan dalam gaya hidup individu iaitu membabitkan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat. Satu kerangka model kajian yang dibina berasaskan gabungan Model Kepercayaan Kesihatan, Teori Tindakan Bersebab dan Teori Penglibatan Rendah telah digunakan. Untuk mengumpul data, kaedah tinjauan telah digunakan dengan menemubual secara bersemuka seramai 290 orang responden berumur di antara 18 hingga 82 tahun. Kajian telah dijalankan di 7 kawasan bandar dan luar bandar iaitu sekitar Kuala Lumpur (Sentul, Jinjang dan Bangsar), Selangor (Batang Berjuntai, Sungai Buloh dan Bangi), Perak (Slim River, Tanjung Malim, dan Sitiawan) dan Putra Jaya. Hasil kajian dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu saringan kesihatan asas dan pengaruh faktor psiko-sosial serta komunikasi terhadap amalan kesihatan (aktiviti fizikal dan pemakanan sihat). Saringan kesihatan asas menunjukkan majoriti responden mempunyai petunjuk antropometri yang tidak normal terutamanya jisim indeks tubuh dan kadar lemak badan yang berlebihan. Berhubung amalan gaya hidup pula, majoriti responden berada dalam kategori yang aktif (79%) , manakala 76% responden tidak mengambil sayuran dan buah-buahan yang secukupnya. Hasil kajian memperlihatkan faktor-faktor komunikasi (penglibatan kesihatan, tindakan pencarian maklumat kesihatan dan rujukan untuk bertindak) mempengaruhi responden ke arah perubahan kesihatan secara positif. Penglibatan kesihatan menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap tindakan pencarian maklumat kesihatan. Sementara itu, tindakan pencarian maklumat kesihatan pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan faktor rujukan untuk bertindak . Faktor rujukan untuk bertindak pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan niat tingkahlaku iaitu kesungguhan responden untuk berubah (orientasi kesihatan). Kajian ini juga memperlihatkan bahawa faktor-faktor psiko-sosial (pengetahuan, sikap dan persepsi) bertindak sebagai keperluan awalan yang signifikan dalam mempengaruhi penglibatan kesihatan dan lain-lain faktor komunikasi . Regrasi secara hirarki memperlihatkan faktor-faktor psiko-sosial (pengetahuan, sikap dan persepsi) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkahlaku pemakanan sihat. Sementara itu faktor penglibatan kesihatan dan sikap pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan aktiviti fizikal. Kajian ini menjelaskan Model Perancangan Komunikasi Kesihatan tidak boleh mengabaikan isu-isu komunikasi (penglibatan kesihatan, tindakan pencarian makulmat kesihatan, rujukan untuk bertindak) dalam mempengaruhi niat tingkahlaku untuk perubahan yang positif . Sementara itu faktor psiko-sosial (pengetahuan, sikap dan persepsi) menjadi keperluan asas dalam mempengaruhi proses komunikasi untuk perubahan tingkalaku kesihatan. Kajian ini membuktikan bahawa penglibatan kesihatan yang tinggi ataupun rendah akan menentukan kadar tindakan responden untuk mencari maklumat kesihatan. Model perancangan komunikasi kesihatan ini mencadangkan agar tindakan pencarian maklumat kesihatan juga perlu memenuhi kepenggunaan maklumat tersebut mengikut kehendak individu secara spesifik.
format Article
author Manimaran Krishnan,
Samsudin A Rahim,
spellingShingle Manimaran Krishnan,
Samsudin A Rahim,
Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
author_facet Manimaran Krishnan,
Samsudin A Rahim,
author_sort Manimaran Krishnan,
title Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
title_short Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
title_full Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
title_fullStr Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
title_full_unstemmed Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
title_sort hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat
publisher Universiti Kebangsaan Malaysian
publishDate 2014
url http://journalarticle.ukm.my/7245/
http://journalarticle.ukm.my/7245/
http://journalarticle.ukm.my/7245/1/V30_1_8.pdf
first_indexed 2023-09-18T19:49:09Z
last_indexed 2023-09-18T19:49:09Z
_version_ 1777406101965242368
spelling ukm-72452016-12-14T06:43:30Z http://journalarticle.ukm.my/7245/ Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat Manimaran Krishnan, Samsudin A Rahim, Kajian ini adalah mengenai perancangan komunikasi kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam perancangan komunikasi kesihatan untuk mengubah amalan gaya hidup sihat . Selaras dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara beberapa faktor psiko-sosial dan komunikasi yang berperanan untuk membawa perubahan dalam gaya hidup individu iaitu membabitkan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat. Satu kerangka model kajian yang dibina berasaskan gabungan Model Kepercayaan Kesihatan, Teori Tindakan Bersebab dan Teori Penglibatan Rendah telah digunakan. Untuk mengumpul data, kaedah tinjauan telah digunakan dengan menemubual secara bersemuka seramai 290 orang responden berumur di antara 18 hingga 82 tahun. Kajian telah dijalankan di 7 kawasan bandar dan luar bandar iaitu sekitar Kuala Lumpur (Sentul, Jinjang dan Bangsar), Selangor (Batang Berjuntai, Sungai Buloh dan Bangi), Perak (Slim River, Tanjung Malim, dan Sitiawan) dan Putra Jaya. Hasil kajian dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu saringan kesihatan asas dan pengaruh faktor psiko-sosial serta komunikasi terhadap amalan kesihatan (aktiviti fizikal dan pemakanan sihat). Saringan kesihatan asas menunjukkan majoriti responden mempunyai petunjuk antropometri yang tidak normal terutamanya jisim indeks tubuh dan kadar lemak badan yang berlebihan. Berhubung amalan gaya hidup pula, majoriti responden berada dalam kategori yang aktif (79%) , manakala 76% responden tidak mengambil sayuran dan buah-buahan yang secukupnya. Hasil kajian memperlihatkan faktor-faktor komunikasi (penglibatan kesihatan, tindakan pencarian maklumat kesihatan dan rujukan untuk bertindak) mempengaruhi responden ke arah perubahan kesihatan secara positif. Penglibatan kesihatan menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap tindakan pencarian maklumat kesihatan. Sementara itu, tindakan pencarian maklumat kesihatan pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan faktor rujukan untuk bertindak . Faktor rujukan untuk bertindak pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan niat tingkahlaku iaitu kesungguhan responden untuk berubah (orientasi kesihatan). Kajian ini juga memperlihatkan bahawa faktor-faktor psiko-sosial (pengetahuan, sikap dan persepsi) bertindak sebagai keperluan awalan yang signifikan dalam mempengaruhi penglibatan kesihatan dan lain-lain faktor komunikasi . Regrasi secara hirarki memperlihatkan faktor-faktor psiko-sosial (pengetahuan, sikap dan persepsi) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkahlaku pemakanan sihat. Sementara itu faktor penglibatan kesihatan dan sikap pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan aktiviti fizikal. Kajian ini menjelaskan Model Perancangan Komunikasi Kesihatan tidak boleh mengabaikan isu-isu komunikasi (penglibatan kesihatan, tindakan pencarian makulmat kesihatan, rujukan untuk bertindak) dalam mempengaruhi niat tingkahlaku untuk perubahan yang positif . Sementara itu faktor psiko-sosial (pengetahuan, sikap dan persepsi) menjadi keperluan asas dalam mempengaruhi proses komunikasi untuk perubahan tingkalaku kesihatan. Kajian ini membuktikan bahawa penglibatan kesihatan yang tinggi ataupun rendah akan menentukan kadar tindakan responden untuk mencari maklumat kesihatan. Model perancangan komunikasi kesihatan ini mencadangkan agar tindakan pencarian maklumat kesihatan juga perlu memenuhi kepenggunaan maklumat tersebut mengikut kehendak individu secara spesifik. Universiti Kebangsaan Malaysian 2014 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/7245/1/V30_1_8.pdf Manimaran Krishnan, and Samsudin A Rahim, (2014) Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 30 (1). pp. 147-176. ISSN 0128-1496 http://www.ukm.my/jkom/index.html