Komuniti minoriti dan pembentukan landskap politik lokal: penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia
Makalah ini membincangkan penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia. Wacana politik di Malaysia masih lagi berlegar dalam lingkungan politik komuniti majoriti semata-mata. Wacana politik komuniti minoriti seakan-akan dipinggirkan. Realitinya, komuniti minoriti juga menyumbang kepada p...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7123/ http://journalarticle.ukm.my/7123/ http://journalarticle.ukm.my/7123/1/8.geografia-april2014-sarjit-edkatam.pdf |
Summary: | Makalah ini membincangkan penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia. Wacana politik di Malaysia
masih lagi berlegar dalam lingkungan politik komuniti majoriti semata-mata. Wacana politik komuniti minoriti
seakan-akan dipinggirkan. Realitinya, komuniti minoriti juga menyumbang kepada perkembangan politik negara.
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12), belia minoriti khususnya dalam kalangan komuniti Siam dilihat sebagai
golongan penting dalam mencorak landskap politik negara terutamadalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13)
khususnya di beberapa buah negeri yang dominan dengan komuniti Siam seperti Kedah, Kelantan dan Perlis. PRU
12 telah memberikan kesan besar kepada perubahan landskap politik Malaysia. Keputusan PRU 12 menunjukkan
bahawa Barisan Nasional sebagai parti pemerintah tewas di Kedah dan masih lagi gagal menawan Kelantan yang
mempunyai komuniti Siam paling ramai di Malaysia. Namun begitu, Kedah jatuh semula ke tangan BN pada
PRU13, sementara Kelantan masih kekal berada di bawah penguasaan Pakatan Rakyat (PR). Ini menunjukkan
bahawa penglibatan mereka dalam pilihan raya begitu penting dalam membawa perubahan politik. Oleh itu,
beberapa persoalan perlu dirungkai terutama berkaitan penglibatan belia komuniti Siam dalam politik. Apakah belia
komuniti Siam menyertai parti politik? Apakah jawatan yang mereka sandang? Apakah mereka terlibat dalam
program-program politik? Apa yang pasti, penglibatan mereka dalam politik secara langsung bakal memberi impak
yang besar dalam perkembangan politik khusus dalam pilihan raya umum. |
---|