Wacana pemikiran techno cities tentang bandar pengetahuan
Artikel ini adalah suatu wacana tentang pemikiran techno cities bandar pengetahuan dalam era pasca bandar pintar. Era bandar pintar yang mementingkan maklumat bagi kemajuan komersial dalam konteks pembangunan bandar abad ke-21 telah berlalu. Kini pemikiran techno cities lebih menekankan ilmu penge...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7122/ http://journalarticle.ukm.my/7122/ http://journalarticle.ukm.my/7122/1/7.geografia-apr2014-Jalaluddin1-edkatam.pdf |
Summary: | Artikel ini adalah suatu wacana tentang pemikiran techno cities bandar pengetahuan dalam era pasca bandar pintar.
Era bandar pintar yang mementingkan maklumat bagi kemajuan komersial dalam konteks pembangunan bandar
abad ke-21 telah berlalu. Kini pemikiran techno cities lebih menekankan ilmu pengetahuan bernilai yang berteraskan
moral dan etika. Pemikiran techno cities merupakan pencetus kepada kelahiran masyarakat minda kelas pertama di
bandar pengetahuan dalam konteks 1 Malaysia. Makalah ini bertujuan membincangkan teori dan pemikiran techno
cities dalam konteks masyarakat berilmu pengetahuan di bandar ilmu dengan rujukan khusus kepada Bandar Baru
Bangi. Pemikiran techno cities dibincang berdasarkan kepada perbahasan tentang tiga epistemologi utama, iaitu
moden, pasca moden dan Islam di samping menyorot kepelbagaian yang wujud dari sudut ontologi tesis, anti tesis dan sintesis. Pemikiran techno cities masyarakat di bandar pengetahuan umumnya bersifat pelbagai dimensi. Kini,
pemikiran tersebut telah memecah tembok pemikiran modenisasi, malah menjadi pengkritik idea modenisasi itu
sendiri. Kajian ini mendapati bahawa komuniti di BBB mengetahui tentang konsep bandar ilmu. Namun pemikiran
techno cities mereka rata-rata pada tahap sederhana sahaja. Dari segi amalan, komuniti bandar ilmu masih pada
tahap permulaan dan wajar ditingkatkan. |
---|