Temuan jumpaan permukaan yang menyokong data ekskavasi dan kronologi tapak Kerajaan Melayu Beruas yang telah berlangsung pada abad ke-15 Masihi
Kajian arkeologi telah dijalankan di kawasan Beruas-Manjung oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2009-2010 dengan tujuan utama ialah untuk mendapatkan data in situ tentang Kerajaan Melayu Beruas dan juga Kerajaan Gangga Nagara. Hasil kajian telah dapat dikum...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, UKM, Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7091/ http://journalarticle.ukm.my/7091/ http://journalarticle.ukm.my/7091/1/Fast_color_scan_to_a_PDF_file_13.DOC |
Summary: | Kajian arkeologi telah dijalankan di kawasan Beruas-Manjung oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2009-2010 dengan tujuan utama ialah untuk mendapatkan data in situ tentang Kerajaan Melayu Beruas dan juga Kerajaan Gangga Nagara. Hasil kajian telah dapat dikumpulkan dalam tesis kedoktoran salah seorang penulis iaitu Mohamad Hanif dalam disertasi beliau yang dihantar pada tahun 2011. Antara dapatan utama kajian tersebut ialah dapat memberikan pentarikhan kronometrik yang mengesahkan Kerajaan Melayu Beruas wujud sekitar abad ke-15 Masihi dan Kerajaan Gangga Nagara pada abad ke-6 Masihi. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini hanya akan membincangkan hasil survei lapangan yang telah dipertanggungjawabkan kepada penulis pertama, yang telah menemui banyak jumpaan permukaan berupa pecahan tembikar, seramik, syiling dan tampang yang mengesahkan bukti kewujudan tamadun di kawasan ini seperti hasil ekskavasi yang telah dilakukan pada tahun 2011. |
---|