Syarat pengurusan kanan badan korporat dalam CMCHA 2007 (Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007) dan teori identifikasi: satu penilaian = senior management element under CMCHA 2007 (Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007) and the identification theory: an evaluation)
Jenayah bunuh korporat merupakan satu kesalahan jenayah yang mengatributasikan kesalahan mematikan orang secara cuai ke atas badan korporat. Unsur niat dalam undang-undang jenayah sentiasa menjadi satu persoalan utama semasa mengatributasikan kesalahan ke atas badan korporat memandangkan badan kor...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7032/ http://journalarticle.ukm.my/7032/ http://journalarticle.ukm.my/7032/1/Syarat_Pengurusan_Kanan_Badan_Korporat_dalam_CMCHA_2007.pdf |
Summary: | Jenayah bunuh korporat merupakan satu kesalahan jenayah yang mengatributasikan kesalahan mematikan orang secara
cuai ke atas badan korporat. Unsur niat dalam undang-undang jenayah sentiasa menjadi satu persoalan utama semasa
mengatributasikan kesalahan ke atas badan korporat memandangkan badan korporat tidak mempunyai keupayaan untuk
berfikir. Justeru itu, Corporate Manslaughter and Corporate Homicide Act 2007(CMCHA 2007)telah digubalkan oleh badan
perundangan di United Kingdom bagi menangani masalah kecuaian badan korporat yang telah mengakibatkan kematian
dan syarat pengurusan kanan telah diperuntukkan dalam akta ini sebagai elemen utama. Peruntukan syarat pengurusan
kanan ini merupakan jalan penyelesaian bagi persoalan ketidakupayaan badan korporat. Sebelum penggubalan
CMCHA 2007, teori identifikasi sering dipakai. Walau bagaimanapun, teori identifikasi telah membawa banyak masalah kepadapihak pendakwaan dan sering menerima penolakan daripada mahkamah bagi mengatributasikan kesalahan ke atas syarikat. Sememangnya penggubalan
CMCHA 2007 merupakan satu jalan penyelesaian dalam pendakwaan kes jenayahbunuh korporat. Namun, persoalan sama ada syarat pengurusan akan mendatangkan masalah seperti teori identifikasi masih merupakan satu isu yang harus dikaji. Artikel ini bertujuan mengkaji kompleksiti syarat pengurusan kanan yang termaktub dalam CMCHA 2007. |
---|