Aliran kewangan haram, institusi, liberalisasi kewangan dan keterbukaan perdagangan: analisis data panel

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor institusi, liberalisasi kewangan dan keterbukaan perdagangan terhadap aliran kewangan haram daripada negara sedang membangun terpilih (95 buah negara) untuk tempoh tahun 2000-2008. Untuk mengukur aliran kewangan haram, kajian ini menggunakan model...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefly Abdul Karim, Rosmah Nizam, Tamat Sarmidi
Format: Article
Language:English
Published: FEP 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7019/
http://journalarticle.ukm.my/7019/
http://journalarticle.ukm.my/7019/1/vol4ch3.pdf
Description
Summary:Kertas ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor institusi, liberalisasi kewangan dan keterbukaan perdagangan terhadap aliran kewangan haram daripada negara sedang membangun terpilih (95 buah negara) untuk tempoh tahun 2000-2008. Untuk mengukur aliran kewangan haram, kajian ini menggunakan model yang dikemukakan oleh IMF iaitu ukuran ‘trade mispricing’ (GER-Gross Excluding Reversals). Keputusan kajian dengan menggunakan analisis data panel statik (kesan tetap dan kesan rambang) mendapati faktor institusi, tahap liberalisasi kewangan, dan keterbukaan perdagangan signifikan mempengaruhi aliran kewangan haram. Implikasi dasar daripada kajian ini menunjukkan kepentingan peranan kerajaan dalam mengawal kualiti institusi daripada aspek kestabilan kerajaan, kadar rasuah dan undang-undang untuk mengekang aliran kewangan haram. Selain itu, kerajaan juga perlu mengawal dasar liberalisasi kewangan melalui kawalan modal agar masalah peningkatan aliran kewangan haram dapat diatasi.