Intelektual pembangunan: antara yang menyumbang dan mendendang

Intelektual pembangunan bermaksud individu yang memberi manfaat dan menyumbang ilmunya kepada masyarakat sama ada dari sudut pembangunan politik, polisi, pentadbiran, ekonomi, sosio-budaya, teknologi, pelajaran, undang-undang,etika dan moral. Berdasarkan wacana popular, masih terdapat mereka yang k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jalaluddin Abdul Malek
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6952/
http://journalarticle.ukm.my/6952/
http://journalarticle.ukm.my/6952/1/15oke.geografia-jan-2014-Jalaluddin-edam.pdf
Description
Summary:Intelektual pembangunan bermaksud individu yang memberi manfaat dan menyumbang ilmunya kepada masyarakat sama ada dari sudut pembangunan politik, polisi, pentadbiran, ekonomi, sosio-budaya, teknologi, pelajaran, undang-undang,etika dan moral. Berdasarkan wacana popular, masih terdapat mereka yang kurang jelas mengenai budaya intelektual pembangunan. Wacana popular lebih melihat intelektual pembangunan secara universal dan bukan melihat secara partikular. Dalam wacana ilmiah budaya intelektual dilihat secara partikular iaitu terbahagi kepada dua sifat. Pertama intelektual yang menyumbang dan kedua intelektual yang mendendang. Perbincangan ini melihat sejauh mana perbezaan sifat di antara golongan intelektual pembangunan yang menyumbang dengan golongan intelektual pembangunan yang mendendang. Hasil perbincangan ini mengguna kaedah analisis wacana diskriptif iaitu melihat perbezaan intelektual di bawah metod pemahaman budaya intelektual. Hasilnya didapati terdapat perbezaan sifat keperibadian dan keilmuan di antara golongan intelektual pembangunan yang menyumbang dengan intelektual pembangunan yang mendendang.