Ciri-ciri senibina landskap sekolah di Lembah Klang-Langat
Di samping menambah keindahan persekitaran, dengan reka bentuk berkonsep dan ciri tertentu landskap sekolah seharusnya boleh berfungsi membantu proses pembelajaran dan pendidikan. Ciri-ciri landskap sekolah di Malaysia masa kini masih belum menggambarkan prinsip asas falsafah pendidikan negara. Ar...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6950/ http://journalarticle.ukm.my/6950/ http://journalarticle.ukm.my/6950/1/13ok.geografia-jan_2014-salina-edam1.pdf |
Summary: | Di samping menambah keindahan persekitaran, dengan reka bentuk berkonsep dan ciri tertentu landskap
sekolah seharusnya boleh berfungsi membantu proses pembelajaran dan pendidikan. Ciri-ciri landskap sekolah
di Malaysia masa kini masih belum menggambarkan prinsip asas falsafah pendidikan negara. Artikel ini
bertujuan untuk mengklasifikasi cirri dan mengenal pasti konsep landskap sekolah di Lembah Klang-Langat.
Bagi tujuan itu kajian ini menggunakan data primer yang dikutip melalui cerapan di lapangan menggunakan
kaedah senarai semak terhadap 104 buah sekolah di Lembah Klang-Langat yang dipilih secara rawak berstrata;
dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai agensi berkaitan. Hasil kajian menunjukkan 44.6%
landskap sekolah di wilayah ini cenderung berkonsepkan landskap buatan, khususnya sekolah di bandar. Konsep
landskap lain yang popular termasuklah English dan Nusantara. Dari segi tipologi 89.4% merupakan landskap
tradisional. Rata-rata landskap sekolah dihiasi dengan komponen kejur seperti tangga taman, pasu bunga, papan
tanda, perabut taman, mural dan gazebo. Pokok peneduh, renek, penutup bumi, rumput, pokok buah-buahan dan
herba merupakan komponen lembut yang popular. Kolam ikan dan pancuran pula adalah komponen buatan yang
sering ditemui. Elemen fasiliti yang popular pula termasuklah pondok pengawal, tong sampah, laluan pejalan
kaki, petak letak kereta dan but telefon. Komponen fauna yang popular pula meliputi burung dan rama-rama.
Sedangkan komponen flora yang utama meliputi bunga kertas bagi spesies pokok renek, pandan wangi bagi
spesies herba dan rumput kerbau bagi spesies penutup bumi. Penilaian dari segi estetika menunjukkan majoriti
landskap sekolah yang dicerap hanya pada tahap sederhana menarik sahaja. Keseluruhan hasil kajian ini
cenderung untuk menunjukkan bahawa landskap sekolah di Lembah Klang-Langat belum dimajukan sehingga
dapat berfungsi menyokong proses pembelajaran. |
---|