Fonologi bahasa Kantuk: kekerabatan dan keeratannya dengan bahasa Iban dan dialek Melayu Semenanjung
Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha penelitian bahasa-bahasa di Borneo dan keterkaitannya dengan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Data yang dimanfaatkan dalam penulisan ini merupakan kata-kata yang dituturkan oleh penutur asli bahasa Kantuk yang mendiami beberapa lokasi tertentu dala...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6947/ http://journalarticle.ukm.my/6947/ http://journalarticle.ukm.my/6947/1/10oke.geografia-jan_2014-jasmin-edam.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha penelitian bahasa-bahasa di Borneo dan keterkaitannya dengan dialek
Melayu di Semenanjung Malaysia. Data yang dimanfaatkan dalam penulisan ini merupakan kata-kata yang
dituturkan oleh penutur asli bahasa Kantuk yang mendiami beberapa lokasi tertentu dalam daerah Kapuas Hulu,
Kalimantan Barat, Indonesia, khususnya di Bandar Semitau. Data linguistik ini seterusnya dianalisis berasaskan
kerangka Dialektologi Generatif. Aspek asimilasi nasal-obstruen yang wujud dalam bahasa Kantuk diteliti dan
seterusnya diperbandingkan dengan bahasa Iban (Sarawak) dan dialek Melayu (Semenanjung Malaysia) dengan
tujuan menilai keeratan dan kekerabatan hubungan antara bahasa-bahasa ini. Dapatan kajian telah menyerlahkan
kewujudan proses asimilasi yang melibatkan bunyi nasal dan obstruen pada lingkungan awal kata. Kata kerja aktif
dalam bahasa Kantuk ternyata dibentuk berasaskan penggabungan kata dasar dengan imbuhan awalan /Ν/. Dua
proses fonologi iaitu asimilasi nasal-obstruen dan proses struktur suku kata yang dilaksanakan secara tertib
menyerlahkan persamaan proses fonologi antara bahasa Kantuk dengan bahasa Iban dan dialek Kedah Utara.
Keberhasilan menerapkan proses dan rumus asimilasi, serta atur rumus yang setara bagi bahasa-bahasa berkenaan
jelas memperlihatkan adanya hubungan yang erat antara bahasa berkenaan. Ia sekaligus menjadi sebahagian
daripada bukti keterikatan fonologi dan morfologi antara bahasa-bahasa ini. Dapatan kajian ternyata memberikan
implikasi kepada pengukuhan bukti akan keeratan hubungan dan kekerabatan antara bahasa Kantuk dengan bahasa
Melayu dan Iban. |
---|