Pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak
Penyertaan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan yang kurang memuaskan berkait rapat dengan pengetahuan tentang program yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan masyarakat Iban yang menerima bantuan program pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahte...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6946/ http://journalarticle.ukm.my/6946/ http://journalarticle.ukm.my/6946/1/9oke.geografia-jan-2014-kwokchin-edkatam.pdf |
Summary: | Penyertaan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan yang kurang memuaskan berkait rapat dengan
pengetahuan tentang program yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan masyarakat Iban
yang menerima bantuan program pembasmian kemiskinan melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat
(SPKR) di Daerah Song, Sarawak. Aspek pengetahuan masyarakat tentang program pembasmian kemiskinan yang
dikaji ialah maklumat umum tentang SPKR, objektif SPKR dan komponen program yang dilaksanakan di bawah
SPKR. Kajian ini dilakukan melalui kaji selidik ke atas 260 Ketua Isi Rumah di rumah panjang. Secara
keseluruhannya, kajian menunjukkan sebilangan besar masyarakat Iban di Daerah Song tidak mengetahui
kementerian yang mentadbir program di bawah SPKR, objektif program di bawah SPKR dan komponen program
yang dilaksanakan di bawah SPKR. Penemuan ini memberi implikasi bahawa pengetahuan masyarakat Iban tentang
program pembasmian kemiskinan harus ditingkatkan sebagai langkah menggalakkan penyertaan mereka dalam
menjayakan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di rumah panjang. |
---|