Mekanisme aplikasi takharuj dalam pembahagian harta pusaka kecil di Kuala Terengganu
Isu perbalahan sesama ahli waris dalam menyelesaikan pembahagian pusaka sering menjadi tajuk utama akhbar. Fahaman wajib menerima ketetapan faraid serta tiada tolak ansur sesama waris menyebabkan kes pusaka sukar diselesaikan. Tidak hairanlah lebih RM42 bilion nilaian hartanah orang Melayu tidak d...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6878/ http://journalarticle.ukm.my/6878/ http://journalarticle.ukm.my/6878/1/4248-9791-1-SM.pdf |
Summary: | Isu perbalahan sesama ahli waris dalam menyelesaikan pembahagian pusaka sering menjadi tajuk utama akhbar.
Fahaman wajib menerima ketetapan faraid serta tiada tolak ansur sesama waris menyebabkan kes pusaka sukar
diselesaikan. Tidak hairanlah lebih RM42 bilion nilaian hartanah orang Melayu tidak dituntut. Kesemua masalah ini
tidak akan wujud sekiranya masyarakat Islam di Malaysia khususnya ahli waris yang terlibat memahami hukum pusaka
Islam secara holistik merangkumi konsep takhāruj. Takhāruj bermakna ahli waris menarik diri daripada menerima
bahagian harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya dengan memberikan bahagiannya itu kepada waris
lain sama ada dengan balasan atau tanpa balasan. Konsep ini dibenarkan dalam Islam dengan syarat semua waris
yang terlibat bersetuju dan reda. Takhāruj sebenarnya memberi ruang kepada ahli waris membahagikan harta dengan
cara terbaik. Takhāruj adalah sebahagian dari hukum faraid itu sendiri kerana sebarang penolakan dan penarikan diri
waris dibuat dalam batasan hak dan kadar yang ditetapkan oleh syarak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti pandangan ulama mazhab tentang konsep takhāruj. Seterusnya mengkaji aplikasi konsep takhāruj dalam keskes
harta pusaka kecil di Kuala Terengganu. Kemudian mengenal pasti kaedah penyelesaian pusaka secara takhāruj
yang diaplikasikan di Kuala Terengganu sama ada selaras dengan konsep takhāruj dalam Islam ataupun tidak. |
---|