Pelaksanaan istibdal wakaf di Negeri Kedah Darul Aman
Konsep istibdal wakaf merupakan satu cara untuk membangunkan harta wakaf supaya lebih produktif serta berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih baik dan stabil. Untuk melaksanakan istibdal harta wakaf, beberapa syarat telah ditetapkan untuk menjamin pelaksanaan konsep tersebut selaras dan m...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6868/ http://journalarticle.ukm.my/6868/ http://journalarticle.ukm.my/6868/1/4191-9650-1-SM.pdf |
Summary: | Konsep istibdal wakaf merupakan satu cara untuk membangunkan harta wakaf supaya lebih produktif serta berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih baik dan stabil. Untuk melaksanakan istibdal harta wakaf, beberapa syarat telah ditetapkan untuk menjamin pelaksanaan konsep tersebut selaras dan menepati dengan syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha. Oleh itu aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah pendirian imam empat mazhab terhadap istibdal wakaf. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengemukakan kes-kes istibdal wakaf dan kesan pelaksanaannya di negeri Kedah. Secara umumnya, kajian ini adalah berasaskan kepada dua metodologi yang utama iaitu kajian kepustakaan dan juga kajian lapangan. Bagi kajian kepustakaan ia dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan istibdal wakaf daripada sumber-sumber asas serta dilakukan pertarjihan pendapat-pendapat tersebut. Kajian lapangan pula dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan pelaksanaan istibdal wakaf di Majlis Agama Islam Kedah serta tinjauan dan temu bual dengan pihak yang terlibat. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan istibdal wakaf di negeri Kedah memberi kesan positif dengan menganalisis beberapa kes yang berkaitan dengannya. Pada keseluruhan kajian, didapati bahawa pelaksanaan istibdal wakaf di negeri Kedah telah memberi banyak manfaat dan faedah kepada masyarakat. |
---|