Persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim terhadap dialog agama: kajian di Kuala Lumpur
Kajian ini berkenaan persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim di Kuala Lumpur terhadap dialog antara agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman responden berkaitan dialog antara agama, menilai sikap responden terhadap dialog antara agama dan mengukur tahap amalan responden berk...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6762/ http://journalarticle.ukm.my/6762/ http://journalarticle.ukm.my/6762/1/24-75-2-PB.pdf |
Summary: | Kajian ini berkenaan persepsi wanita Buddha dan wanita Muslim di Kuala Lumpur terhadap dialog antara agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman responden berkaitan dialog antara agama, menilai sikap responden terhadap dialog antara agama dan mengukur tahap amalan responden berkaitan dialog antara agama. Kajian dijalankan ke atas 400 responden, 200 responden dari kalangan Persatuan Sasana Abhiwurdi Wardhana (PSAW) dan 200 responden lagi dari kalangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Manakala instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temubual. Analisis data secara deskriptif dan inferensi kolerasi Spearman dilakukan dengan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) for Windows version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan sikap semua responden terhadap dialog antara agama pada tahap memuaskan. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara kefahaman dengan sikap semua responden. Ini menunjukkan semakin tinggi tahap kefahaman responden terhadap dialog antara agama, semakin baik sikap responden terhadap dialog antara agama. |
---|