Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan menggunakan teknologi mikroaturan DNA

Kajian ini dijalankan untuk mengesahkan kemampuan teknologi DNA mikroaturan cip gen OliproTM FoodPATH bagi mengesan bakteria patogen makanan. Sebanyak 9 jenis DNA bakteria patogen makanan telah digunakan iaitu Bacillus cereus, Escherichia coli O157:H7, Staphylococcus aureus, Vibrio cholerae, Vibrio...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sawei, Jelin, Norrakiah Abdullah Sani, Aminah Abdullah, Sahilah Abd. Mutalib
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6680/
http://journalarticle.ukm.my/6680/
http://journalarticle.ukm.my/6680/1/04_Jelin_Sawei.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengesahkan kemampuan teknologi DNA mikroaturan cip gen OliproTM FoodPATH bagi mengesan bakteria patogen makanan. Sebanyak 9 jenis DNA bakteria patogen makanan telah digunakan iaitu Bacillus cereus, Escherichia coli O157:H7, Staphylococcus aureus, Vibrio cholerae, Vibrio parahaemolyticus, Listeria monocytogenes, Salmonella spp., Shigella spp. dan Campylobacter spp. Sebanyak 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah digunakan. Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan dilakukan dengan menggunakan kaedah reaksi berantai polimerase (PCR) dan penghibridan Southern-blotting di atas cip gen untuk mengesahkan kemampuannya. Keputusan daripada analisis hibridasi di atas cip gen telah dibandingkan dengan hasil gel elektroforesis 2.0% (w/v). Lima saringan diperlukan untuk menghabiskan 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan. Setiap saringan, satu cip gen telah digunakan sebagai kawalan negatif tidak diinokulasikan dengan sebarang kombinasi DNA bakteria patogen makanan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa semua kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah dapat dikesan. Cip yang digunakan sebagai kawalan negatif tidak menunjukkan kehadiran DNA. Oleh itu, daripada kajian ini cip gen OliproTM FoodPATH didapati memberikan keputusan yang lebih baik berbanding dengan 2.0% (w/v) gel elektroforesis.