Penilaian keberkesanan projek-projek obesiti 2010 yang dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
Prevalens obesiti di Malaysia telah meningkat dengan mendadak sejak dua dekad yang lalu. Oleh itu, usaha untuk menangani masalah ini menjadi semakin penting. Objektif umum kajian hirisan lintang ini adalah untuk menilai keberkesanan projek obesiti yang dijalankan oleh NGOs yang dibiayai oleh Lem...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6614/ http://journalarticle.ukm.my/6614/ http://journalarticle.ukm.my/6614/1/3451-7648-1-SM.pdf |
Summary: | Prevalens obesiti di Malaysia telah meningkat dengan mendadak sejak dua dekad yang lalu. Oleh itu, usaha untuk
menangani masalah ini menjadi semakin penting. Objektif umum kajian hirisan lintang ini adalah untuk menilai
keberkesanan projek obesiti yang dijalankan oleh NGOs yang dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Dalam
kajian ini, data sekunder dari laporan akhir 22 buah projek obesiti telah dianalisiskan untuk menilai keberkesanannya.
Maklumat dalam laporan akhir projek telah dimasukkan ke dalam borang penilaian formatif yang disediakan oleh pihak
LPKM. Keberkesanan projek ditentukan melalui tahap pencapaian indikator RE-AIM dengan menggunakan 21 indikator
berasaskan Model RE-AIM yang telah disahkan. Projek yang mencapaikan 15 hingga 21 indikator dikirakan mempunyai
kualiti tinggi, 8 hingga 14 indikator dikirakan kualiti sederhana dan 0 hingga 7 indikator dikategorikan sebagai kualiti
rendah. Dengan menggunakan ujian Cohen’s Kappa untuk menilai reliabiliti antara penyelidik terhadap 21 indikator
RE-AIM, didapati bahawa terdapat persetujuan yang tinggi antara 2 penyelidik (k = 0.868). Daripada 22 buah projek
obesiti yang dikaji, tiada projek yang mempunyai kualiti tinggi, 21 projek didapati mempunyai kualiti yang sederhana
dan 1 projek mempunyai kualiti yang rendah. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap peratusan pencapaian indikator
RE-AIM antara tempoh projek menurut ujian T tidak berpasangan (P > 0.05). Berdasarkan kepada saringan kesihatan
yang dijalankan terhadap 1982 orang peserta, 333 (16.8%) orang didapati mempunyai masalah berlebihan berat badan
dan 354 (17.9%) orang adalah obes. Kesimpulannya, majoriti projek telah dilaksanakan dengan berjaya. Namun, kajian
lanjut disarankan untuk memantau perubahan gaya hidup yang mungkin dapat mengurangkan prevalens obesiti di
komuniti di mana projek telah dijalankan. |
---|