Kesan akut kafein ke atas penggunaan oksigen dan tanggapan tahap lesu semasa senaman intensiti sederhana dalam kalangan dewasa muda perempuan yang sedentari
Kafein mempunyai kesan ergogenik terhadap golongan yang terlatih; walaubagaimanapun, kajian kesan fisiologi kafein terhadap golongan sedentari adalah amat terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kafein ke atas penggunaan oksigen dan tanggapan tahap lesu semasa senaman intensiti sed...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6612/ http://journalarticle.ukm.my/6612/ http://journalarticle.ukm.my/6612/1/3449-7644-1-SM.pdf |
Summary: | Kafein mempunyai kesan ergogenik terhadap golongan yang terlatih; walaubagaimanapun, kajian kesan fisiologi
kafein terhadap golongan sedentari adalah amat terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kafein ke atas
penggunaan oksigen dan tanggapan tahap lesu semasa senaman intensiti sederhana dalam kalangan dewasa muda
perempuan yang sedentari. Subjek terdiri daripada 16 orang mahasiswi yang berumur antara 22 hingga 24 tahun. Kriteria
penerimaan adalah tahap aktiviti fizikal yang rendah dan pengambilan kafein adalah kurang daripada 50 mg sehari,
disaring dengan menggunakan Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (versi pendek) dan soal selidik pengambilan
kafein. Reka bentuk kajian eksperimental ini adalah buta tunggal, pindah silang, kawalan plasebo dengan semua subjek
menjadi kawalannya tersendiri. Subjek dikehendaki malaporkan diri ke makmal untuk menjalankan dua sesi eksperimen
selepas masing-masing mengambil kapsul plasebo atau kafein dengan selang masa 3 hari antara dua sesi eksperimen
tersebut. Enam puluh minit selepas mengambil kapsul plasebo (Glucolin, glukosa) atau 100 mg kafein (Pro-plus, United
Kingdom), subjek dikehendaki berlari di atas treadmill selama 30 minit pada kuasa kerja yang bersamaan 60% daripada
anggaran maksimum kadar denyutan jantung. Penggunaan oksigen, kadar denyutan jantung dan tanggapan tahap lesu
direkod pada minit ke-20, ke-25 dan ke-30, manakala tekanan darah direkod serta-merta selepas subjek menghabiskan
larian. Perbezaan direkod selepas kesemua subjek menyempurnakan kedua-dua eksperimen plasebo dan kafein. Min
peratus lemak tubuh subjek adalah 28.4 ± 5.4. Ujian t bersandar menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara trial
plasebo dengan trial kafein ke atas penggunaan oksigen (13.99 ± 2.47 vs 14.49 ± 1.73, p = 0.440), tanggapan tahap lesu
(12.3 ± 2.5 vs 12.3 ± 2.1, p = 1.000), tekanan darah sistolik (113 ± 10 vs 117 ± 11, p = 0.129), tekanan diastolik (67 ± 8
vs 69 ± 10, p = 0.408) dan kadar denyutan jantung (127.3 ± 11.0 vs 127.1 ± 11.6, p = 0.912). Terdapat korelasi negatif
tinggi yang signifikan antara peratusan lemak tubuh dengan pengambilan oksigen (r = –0.568, p < 0.05) serta korelasi
positif tinggi yang signifikan antara peratusan lemak tubuh dengan tanggapan tahap lesu (r = 0.515, p < 0.05). Hasil
kajian tidak meningkatkan kesan yang signifikan mungkin disebabkan oleh kesan saiz (effect size) kajian ini yang kecil
(d = 0.24). Justeru itu, kajian masa depan yang melibatkan lebih ramai subjek harus dijalankan untuk mengkaji kesan
kafein semasa senaman dalam kalangan populasi sedentari. |
---|