Penentuan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan: pengiraan berbanding analisis
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih seri muka (SM), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana resepinya telah dibentuk secara pengiraan nutrien yang berdasarkan Jadual Komposisi Makanan Malaysia (JKMMM) dengan kaedah a...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6610/ http://journalarticle.ukm.my/6610/ http://journalarticle.ukm.my/6610/1/3437-7614-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih
seri muka (SM), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana resepinya telah dibentuk secara pengiraan nutrien yang
berdasarkan Jadual Komposisi Makanan Malaysia (JKMMM) dengan kaedah analisis secara proksimat. Penentuan
kandungan makronutrien secara spesifik ditentukan menggunakan kaedah analisis proksimat manakala penentuan tenaga
dan karbohidrat total dijalankan melalui pengiraan. Hasil analisis proksimat menunjukkan W mengandungi karbohidrat
total tertinggi (61.5 ± 1.6%) secara signifikan (p < 0.05), berbanding B (39.3 ± 1.5%) dan SM (38.7 ± 1.5%). SM mempunyai
kandungan air yang lebih tinggi (46.7 ± 1.6%) secara signifikan (p < 0.05) berbanding B (42.5 ± 6.6 %) dan W (30.2 ±
0.4%). B mengandungi kandungan protein tertinggi (6.1 ± 0.9%) secara signifikan berbanding dengan W (3.0 ± 0.3%).
Tiada perbezaan yang signifikan bagi kandungan lemak di antara B (12.8 ± 1.8%), SM (9.9 ± 0.2%) dan W (8.2 ± 2.6%).
Jumlah kalori untuk W adalah tertinggi (332 kcal/100g) diikuti oleh B (299 kcal/100g) dan SM (262 kcal/100g). Secara
umumnya, nilai kandungan makronutrien dari analisis proksimat adalah lebih rendah berbanding secara pengiraan
kandungan makronutrien menggunakan JKMMM. Ini disebabkan pengiraan berdasarkan JKMMM adalah berdasarkan
bahan mentah manakala analisis proksimat berdasarkan sampel kuih yang telah disediakan. |
---|