Inovasi dan retensi dalam dialek Hulu Tembeling
Inovasi dan retensi adalah dua konsep penting dalam linguistik perbandingan sejarawi. Inovasi merujuk kepada perubahan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa; manakala, retensi pula adalah pengekalan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa. Bertolak daripada kedu...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6603/ http://journalarticle.ukm.my/6603/ http://journalarticle.ukm.my/6603/1/4230-9741-1-SM.pdf |
Summary: | Inovasi dan retensi adalah dua konsep penting dalam linguistik perbandingan sejarawi. Inovasi merujuk kepada perubahan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa; manakala, retensi pula adalah pengekalan sesuatu ciri bahasa purba dalam bahasa atau dialek semasa. Bertolak daripada kedua-dua konsep tersebut, makalah ini membincangkan ciri inovasi dan retensi yang wujud dalam dialek Hulu Tembeling (DHT). Secara khususnya makalah ini hanya membicangkan satu ciri inovasi dan retensi dalam DHT iaitu perubahan segmen bunyi yang terjadi pada konsonan nasal akhir dan pengekalan vokal tinggi pada posisi suku kata praakhir. Harus dinyatakan bahawa penentuan sama ada sesuatu ciri itu dapat dikategorikan sebagai inovasi atau retensi adalah melalui pendekatan perbandingan yang lazim dalam linguistik perbandingan sejarawi. Sehubungan itu, data-data dialek Hulu Tembeling akan dibandingkan dengan bahasa Malayik Purba (MP) yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992). Pewajaran perbandingan sebegini adalah kerapatan hubungan bahasa purba tersebut dengan DHT. Pendekatan perbandingan yang dijadikan alat analisis didasarkan pada hipotesis kajian ini iaitu segmen bunyi yang menunjukkan perbezaan dengan MP dikategorikan sebagai inovasi; sebaliknya, segmen yang direfleks secara linear dikategorikan sebagai retensi. Ciri inovasi dan retensi ini selanjutnya dihubungkan dengan beberapa faktor yang relevan untuk dikaitkan sebagai penyebab kewujudannya iaitu pengelompokan dialek Hulu Tembeling, ketidakstabilan dialek tersebut ekoran perubahan ciri linguistik yang sedang berlangsung dan kewujudan rantai dialek di Lembangan Sungai Pahang. |
---|