Keberkesanan pelaksanaan projek-projek Kumpulan Inovatif Dan Kreatif di Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai keberkesanan tahap pelaksanaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua peserta KIK terpilih dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, turut dikaji faktor-faktor y...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6490/ http://journalarticle.ukm.my/6490/ http://journalarticle.ukm.my/6490/1/jqma-9-1-09-abstractrefs.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai keberkesanan tahap pelaksanaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua peserta KIK terpilih dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, turut dikaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan tahap pelaksanaan projek-projek KIK berdasarkan lima elemen, iaitu sokongan pengurusan, penglibatan pegawai,faktor-faktor dalaman, pengurusan sumber dan penambahbaikan berterusan. Analisis demografi, analisis perihalan, analisis min dan analisis korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa faktor penambahbaikan berterusan paling mempengaruhi
keberkesanan tahap pelaksanaan KIK dengan jantina responden memainkan peranan dalam menyumbang kepada faktor tersebut. |
---|