Nilai-nilai dalam kepimpinan dan warga kerja universiti dan hubung kaitnya dalam mengadun prestasi organisasi
Kepimpinan sering dikaitkan dengan prestasi sesebuah organisasi, justeru bidang kuasa dan kebertanggungjawaban besar yang digalas pihak kepemimpinan. Namun, tidak kurang pentingnya warga kerja organisasi yang berperanan melaksanakan polisi dan dasar organisasi. Walau bagaimanapun, sejak krisis nilai...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6489/ http://journalarticle.ukm.my/6489/ http://journalarticle.ukm.my/6489/1/jqma-9-1-paper8.pdf |
Summary: | Kepimpinan sering dikaitkan dengan prestasi sesebuah organisasi, justeru bidang kuasa dan kebertanggungjawaban besar yang digalas pihak kepemimpinan. Namun, tidak kurang pentingnya warga kerja organisasi yang berperanan melaksanakan polisi dan dasar organisasi. Walau bagaimanapun, sejak krisis nilai berlaku hingga mencetuskan krisis mata wang dunia, pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk mengenal pasti kedudukan nilai atau nilai teras dalam kriterium yang mempengaruhi prestasi organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengukur prestasi universiti dengan menggunakan Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (VBTPEM). Kriterium Kepemimpinan dan kriterium Pekerja dari segi Fokus Pekerja dan Fokus Produktiviti dianalisis dari sudut sumbangan dan hubungannya dalam menjamin prestasi kecemerlangan universiti. Tinjauan dijalankan ke atas warga kerja sebelas buah universiti awam di Malaysia dan seramai 537 responden daripada kalangan kakitangan Gred 41 dan ke atas terlibat dalam tinjauan
ini. Tatakaedah Kuasa Dua Terkecil Separa digunakan untuk mengkaji hubungan antara setiap kriterium dalam model VBTPEM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai-nilai Kepemimpinan memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi nilai-nilai Fokus Pekerja (β = 0.711) dan Fokus Produktiviti (β = 0.241) dengan R2 = 50.5%, dan seterusnya nilai-nilai dalam Pekerja dan Produktiviti menerangkan sebanyak 67.8% daripada variasi dalam prestasi universiti. Ini menunjukkan bahawa hala tuju kepemimpinan dan komitmen tinggi warga kerja universiti, serta gandingan kedua-dua pihak adalah sangat penting dalam mengadun prestasi yang diimpikan organisasi. |
---|