Keberkesanan pengambangan entropi bersilangan dan entropi tsallis untuk sistem pengecaman balistik forensik automatik
Kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian adalah penunjuk yang penting dalam penyiasatan kes jenayah bersenjata api. Pihak penguat kuasa undang-undang berupaya untuk mengenal pasti jenis dan model senjata api yang digunakan oleh penjenayah menerusi kelongsong peluru yang ditemui di tempat k...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6484/ http://journalarticle.ukm.my/6484/ http://journalarticle.ukm.my/6484/1/jqma-9-1-04-abstractrefs.pdf |
| Summary: | Kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian adalah penunjuk yang penting dalam penyiasatan kes jenayah bersenjata api. Pihak penguat kuasa undang-undang berupaya untuk mengenal pasti jenis dan model senjata api yang digunakan oleh penjenayah menerusi kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian jenayah. Pemetakan rantau tumpuan
berdasarkan kedudukan kesan pin peletup pada tapak kelongsong adalah langkah yang kritikal dalam sistem pengecaman balistik automatik. Walaupun beberapa kaedah pengesanan kedudukan kesan pin peletup telah disarankan dalam pelbagai kajian lepas; namun begitu,kaedah yang disarankan itu amat kompleks dan memerlukan masa pelaksanaan yang panjang. Justeru, kajian ini mengemukakan suatu sistem pengecaman balistik forensik automatik yang
terampil dan pantas. Penganggar pengesanan kedudukan kesan pin peletup yang digunakan dalam sistem didapati adalah terampil dan teguh terhadap hingar. Sistem yang disarankan
terbentuk daripada gabungan operasi penuras penajaman Laplacean, operasi penormalan histogram, dua kaedah pengambangan berasaskan entropi, dan penganggar kuasa dua terkecil penyuaian bulatan tak berpemberat. Dua kaedah pengambangan berasaskan entropi yang terkenal yang mengoptimum dan meminimum kriterium entropi tertentu diterokai dalam makalah ini. Sebanyak 747 imej kesan pin peletup yang dikumpulkan daripada lima pucuk pistol model Parabellum Vektor SP1 9mm digunakan untuk menguji keterampilan sistem yang disarankan. Kadar kejituan pengecaman senjata api bagi sistem terbaik yang dirumuskan
dalam makalah ini adalah 95.4% dengan purata masa pelaksanaan 0.37 saat per imej. |
|---|