Petua dan pantang larang tradisional dalam alam Melayu Sarawak
Masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui p...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6397/ http://journalarticle.ukm.my/6397/ http://journalarticle.ukm.my/6397/1/IMAN1_8.pdf |
Summary: | Masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua-petua dan pantang larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan. Walaupun amalan petua dan pantang larang lama ini berpaksi kepada agama suci Islam, namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Berasaskan senario ini, makalah ini akan mengetengahkan unsur-unsur yang menunjukkan hubung kait antara petua dan pantang larang tradisional Melayu Sarawak, khususnya dari aspek kehidupan seharian, hidup berkeluarga dan keselamatan diri, dengan agama Islam dan unsur-unsur animisme. Selain itu, penelitian akan berkisar tentang
signifikan amalan petua serta pantang larang tradisional ini pada zaman sekarang. Daripada penelitian, didapati
bahawa petua dan pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai perkaitan rapat dengan unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas dan penyesuaian berlandaskan agama Islam. Selain itu, petua dan pantang larang lama ini dilihat bermanfaat sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam menelusuri alur kehidupan, justeru ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini. |
---|