Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pemilihan strategi pengajaran guru. Guru juga perlu bijak dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai. Kesan pengajaran bergantung pada pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6370/ http://journalarticle.ukm.my/6370/ http://journalarticle.ukm.my/6370/1/42-51_Rasid_et_al.UPM.pdf |
Summary: | Keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pemilihan strategi pengajaran guru. Guru juga perlu bijak dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai. Kesan pengajaran bergantung pada pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti bentuk interaksi lisan yang kerap digunakan guru-guru Bahasa Melayu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sampel kajian berjumlah 113 orang guru di 13 buah Sekolah Menengah harian biasa di kawasan luar bandar di daerah Kluang,Johor. Data kajian dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0
. Dapatan kajian bagi bentuk interaksi lisan yang kerap
digunakan oleh guru-guru semasa inisiatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menunjukkan min 2.78 (SP=0.42). Ini diikuti dengan bentuk interaksi lisan yang
kerap digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan informasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menunjukkan min 2.88 (SP= 0.47), manakala bagi bentuk
interaksi lisan yang kerap digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan arahan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu pula menunjukkan min 2.68 (SP=0.49), dan bagi bentuk interaksi lisan yang kerap digunakan oleh guru-guru semasa menutup pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menunjukkan min 2.67 (SP=0.49). Kesimpulannya, menunjukkan min sederhana dan berikutan dengan kajian ini,didapati bahawa, interaksi lisan antara guru dengan murid berlangsung secara baik didalam bilik darjah, dengan adanya penggunaan strategi, kaedah, teknik, dan pendekatan
yang sesuai. |
---|