Aplikasi rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Zon Seremban 2, Seremban. Seramai 30 orang guru yang kesemuanya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Salwa Atan, Jamaludin Badusah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6367/
http://journalarticle.ukm.my/6367/
http://journalarticle.ukm.my/6367/1/31-41_Salwa_et_al.KPM.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan kesediaan guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Zon Seremban 2, Seremban. Seramai 30 orang guru yang kesemuanya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dengan lima skala Likert bagi tujuan mengumpulkan maklumat. Pengkaji melakukan analisis deskriptif seperti min dan frekuensi untuk melihat persepsi dan kesediaan guru -guru berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat menunjukkan sikap yang sangat positif berkaitan penggunaan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.Guru-guru bersedia menggunakan rangkaian sosial ini untuk diaplikasikan bersama murid. Analisis data dilakukan dengan sokongan Program SPSS (Statistical Package for Social Science)versi 20.0 dan skor min bagi setiap dimensi persepsi dan kesediaan dijadualkan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang juga turut dikemukakan di akhir kajian ini.