Pembangunan dan penilaian kepenggunaan perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia

Terdapat dua halangan utama bagi melaksana pendidikan seksualiti di Malaysia. Pertama, salah faham dalam kalangan rakyat tentang objektif melaksana pendidikan seksualiti. Kedua, pendapat yang mengatakan pendidikan seksualiti adalah bertentangan dengan nilai keagamaan. Justeru, kajian pembangunan dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azizah Jaafar, Chan, Siew Lee, Nor Azan Mat Zin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6256/
http://journalarticle.ukm.my/6256/
http://journalarticle.ukm.my/6256/1/1599-3015-1-SM.pdf
Description
Summary:Terdapat dua halangan utama bagi melaksana pendidikan seksualiti di Malaysia. Pertama, salah faham dalam kalangan rakyat tentang objektif melaksana pendidikan seksualiti. Kedua, pendapat yang mengatakan pendidikan seksualiti adalah bertentangan dengan nilai keagamaan. Justeru, kajian pembangunan dan penilaian perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia (MSE) dijalankan bagi mengenal pasti punca permasalahan dan penyelesaian terhadap salah faham tersebut. Kajian yang menghasil sebuah aplikasi MSE direka bentuk berasaskan subjek seksualiti yang terkandung dalam mata pelajaran sains tingkatan tiga sekolah menengah. Kajian bermula dengan pembangunan kerangka teoretikal MSE, yang terdiri daripada beberapa teori pembelajaran dan teori interaksi antara komputer dan manusia. Model AUSDU direka bentuk bagi memandu proses dalam metod penyelidikan MSE dengan menggabung model ADDIE, teori reka bentuk berpusatkan penggunaan dan konsep kepenggunaan. Beberapa konstruk penilaian kepenggunaan seperti keberkesanan, kecekapan, kepuasan dan kebolehan pembelajaran diberi tumpuan dalam kajian penilaian MSE. Kajian menunjukkan MSE bukan sahaja mampu meningkat prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut, malah pengguna berpuas hati dengan antara muka MSE yang interaktif.