Analisis kualiti air Tasik Chini menggunakan pendekatan multivariat
Satu analisis penentuan parameter kualiti air yang penting untuk penilaian ekosistem cetek telah dilakukan menggunakan kaedah multivariat. Sebanyak 14 parameter kualiti air yang melibatkan komponen biologi, fizik dan kimia telah dikumpulkan setiap bulan selama satu tahun. Data dianalisis menggunakan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6151/ http://journalarticle.ukm.my/6151/ http://journalarticle.ukm.my/6151/1/05_A.K._Ahmad.pdf |
Summary: | Satu analisis penentuan parameter kualiti air yang penting untuk penilaian ekosistem cetek telah dilakukan menggunakan kaedah multivariat. Sebanyak 14 parameter kualiti air yang melibatkan komponen biologi, fizik dan kimia telah dikumpulkan setiap bulan selama satu tahun. Data dianalisis menggunakan ujian faktor yang melibatkan tiga proses iaitu mengenal pasti korelasi antara faktor, mengekstrak faktor dan seterusnya melihat kesan gabungan faktor-faktor tersebut. Proses pertama melibatkan pengelompokkan parameter yang berkorelasi kuat ke dalam faktor tersendiri dan mengeluarkan parameter yang mempunyai lebih daripada satu faktor. Analisis pengkelasan agglomeratif hierarki (HACA) dan analisis diskriminan (DA) juga dilakukan untuk memperlihatkan kelompokan dan pengaruh faktor terhadap kualiti air tasik. Hasil analisis menunjukkan kualiti air Tasik Chini dipengaruhi oleh lebih daripada satu faktor. Hasil kajian menunjukkan komponen biologi dan kimia (nutrien) mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan kualiti air tasik. Parameter berasaskan biologi iaitu BOD5, COD, klorofil a dan kimia (nitrat dan ortofosfat) adalah parameter yang penting di Tasik Chini. Ketiga-tiga analisis yang dijalankan menunjukkan kepentingan penentuan komponen biologi dan kimia bagi menentukan kualiti air Tasik Chini. |
---|