Memperkasakan jati diri Melayu-Muslim menerusi Pendidikan Islam dalam pengajaran akhlak
Pengajaran akhlak amat penting dalam membangunkan modal bersifat fizikal. Masyarakat kini mula sedar kepentingan modal jati diri yang mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan peradaban ummah. Ini bermakna, sistem Pendidikan Islam dapat memperkasakan jati diri Melayu muslim. Ini merupakan agenda utam...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6095/ http://journalarticle.ukm.my/6095/ http://journalarticle.ukm.my/6095/1/JD005862_23-36.pdf |
Summary: | Pengajaran akhlak amat penting dalam membangunkan modal bersifat fizikal. Masyarakat kini mula sedar kepentingan modal jati diri yang mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan peradaban ummah. Ini bermakna, sistem Pendidikan Islam dapat memperkasakan jati diri Melayu muslim. Ini merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia. Maka diakui bahawa Pendidikan Islam merupakan wadah terpenting bagi mencapai dan merealisasikan hal ini. Ini kerana sistem pengajaran akhlak
yang lengkap dan teratur mampu menghasilkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan dapat menjaga jati diri mereka sebagai seorang Melayu muslim. Jati diri yang dilahirkan itu pula hendaklah mempunyai nilai kerohanian dan nilai etika yang mantap hasil daripada kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam Pendidikan Islam. Bagi pelajar Islam, mereka dididik dengan nilai akhlak menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam. Namun usaha ini perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak. Dengan itu, kita mengharapkan agar usaha memperkasakan jati diri melalui pengajaran akhlak dapat melahirkan masyarakat yang beriman,
berkualiti dan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Hal ini bukan sahaja dapat menguntungkan diri sendiri bahkan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, penulis akan membincangkan pengajaran akhlak dalam
Pendidikan Islam dalam usaha memperkasakan jati diri Melayu muslim. |
---|