Peranan akreditasi kualiti keatas hubungan antara amalan pengurusan kualiti dengan prestasi organisasi: kajian dalam kalangan PKS industri pemprosesan makanan.

Pematuhan terhadap sesuatu sistem jaminan kualiti dalam perniagaan dan produk adalah penting dalam pasaran yang semakin mencabar ini. Akreditasi atau persijilan yang di peroleh secara tidak lansung membuktikan bahawa pelaksanaan sesuatu sistem jaminan kualiti dalam organisasi telah tercapai. Malahan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hayati Habibah Abdul Mutalib, Khairul Anuar Mohd Ali, Fazli Idris
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5810/
http://journalarticle.ukm.my/5810/
http://journalarticle.ukm.my/5810/1/1228-2360-1-SM.pdf
Description
Summary:Pematuhan terhadap sesuatu sistem jaminan kualiti dalam perniagaan dan produk adalah penting dalam pasaran yang semakin mencabar ini. Akreditasi atau persijilan yang di peroleh secara tidak lansung membuktikan bahawa pelaksanaan sesuatu sistem jaminan kualiti dalam organisasi telah tercapai. Malahan jaminan kualiti adalah antara elemen yang penting dalam industi pemprosesan makanan bagi membuktikan produk makanan yang dikeluarkan adalah bersifat menyeluruh dari aspek kebersihan dan keselamatan. Namun, bagi menutupi jurang kajian yang dikenalpasti, Kajian ini mengkaji hubungan anatara faktor kejayaan kritikal (CSF)amalan pengurusan kualiti dengan prestasi organisasi (ORGP) PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia.Selain itu, kajian ini turut mengkaji impak akreditasi keatas hubungan antara amalan pengurusan kualiti dengan prestasi organisasi.Permodelan persamaan berstruktur digunakan bagi menganalisis hubungan tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa semua CSF amalan pengurusan kualiti mempengaruhi prestasi organisasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia.Bagaimana pun akreditasi tidak memberi kesan keatas hubungan tersebut.