Latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru di Pekan Baru Riau, Indonesia.

Kajian ini bertujuan meninjau perspektif guru-guru Sekolah Menengah Atae (SMAN) Pekanbaru, Riau, Indonesia tentang latihan dalam perkhidmatan yang diikuti oleh guru-guru melibatkan aspek-aspek berikut; kesesuaian latihan dengan keperluan sekolah; kandungan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dari seg...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur.M Mustafa, Norasmah Othman
Format: Article
Published: penerbit ukm 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5795/
http://journalarticle.ukm.my/5795/
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meninjau perspektif guru-guru Sekolah Menengah Atae (SMAN) Pekanbaru, Riau, Indonesia tentang latihan dalam perkhidmatan yang diikuti oleh guru-guru melibatkan aspek-aspek berikut; kesesuaian latihan dengan keperluan sekolah; kandungan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dari segi teori dan praktikal;alternatif penyelesaian masalah pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional, selain itu kajian ini juga melihat hubungan LADAP terhadap prestasi kerja guru bagi meningkatkan kualiti guru SMAN, Pekanbaru,Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian.Jumlah sampel adalah seramai 327 orangguru-guru sekolah menengah atas di Pekanbaru. Penganalisisan data dibuat secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesesuaian latihan dalam perkhidmatan adalah sederhana rendah (min:3.00 SP 0.54) manakala dari aspek prestasi kerja guru pada tahap yang sederhana rendah (min:3.00 SP 0.68) Analisis inferensi ujian-1 berdasarkan jantina menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara latihan dalam perkhidmatan dengan prestasi kerja guru. Berdasarkan analisis ANOVA terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek latihan dalam perkhidmatan dan prestasi kerja guru berdasarkan pengalaman kerja. Kajian menunjukkan LADAP bagi guru-guru di Sekolah Menengah Atas ,Pekan baru masih lagi berada di tahap rendah. Satu pendekatan atau program perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk mempelbagaikan dan memantapkan program latihan dalam perkhidmatan agar memberikan impak yang ketara seterusnya meningkatkan prestasi kerja guru sekaligus menjadi pemangkin pembangunan profesionalisme guru di Indonesia.