Penilaian ke atas kerumitan kognitif dalam proses membaca jawi
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah kurangnya penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Malaysia dan seterusnya mempopularkan tulisan ini dalam kalangan pelbagai golongan masyarakat. Namun, di sebalik usaha yang bernilai berjuta-juta ringgit terse...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5779/ http://journalarticle.ukm.my/5779/ http://journalarticle.ukm.my/5779/1/1577-2967-1-SM.pdf |
Summary: | Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah
kurangnya penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Malaysia dan seterusnya
mempopularkan tulisan ini dalam kalangan pelbagai golongan masyarakat. Namun, di
sebalik usaha yang bernilai berjuta-juta ringgit tersebut, tulisan Jawi terus dipinggirkan
oleh penduduk Malaysia. Sungguhpun adalah penting untuk memastikan bahawa tulisan
Jawi terus digunakan dengan meluasnya di negara ini, usaha yang dilakukan oleh
pelbagai agensi di negara ini akan menjadi sia-sia jika masyarakat di negara ini terus
menganggap tulisan Jawi sebagai satu warisan budaya yang hanya digunakan oleh
mereka yang lebih konservatif dalam wacana berbentuk keIslaman. Oleh yang demikian,
adalah penting untuk kita memahami punca mengapa tulisan Jawi terus dipinggirkan oleh
sebahagian besar masyarakat Malaysia. Tanpa memahaminya, usaha agensi-agensi yang
terlibat untuk mempopularkan tulisan Jawi ini hanya akan menjadi sia-sia. Salah satu cara
untuk memahami mengapa Jawi terus dipinggirkan oleh sebahagian besar masyarakat
Malaysia ialah dengan menilai darjah kerumitan kognitif dalam proses membaca tulisan
Jawi. Justeru itu, makalah ini membuat penilaian ke atas kerumitan kognitif yang berlaku
dalam proses membaca tulisan Jawi dari perspektif psikolinguistik. Perbandingan secara
sistematik antara tulisan Jawi dan tulisan Rumi dilakukan menggunakan pendekatan
analisis perbandingan antara sistem bahasa Melayu dan sistem bahasa Arab untuk
menjelaskan mengapa masyarakat Malaysia, khasnya yang berbangsa Melayu sendiri,
tidak berminat dan terus berdolak-dalik untuk menggunakan tulisan Jawi dalam
kehidupan harian mereka. |
---|