Penunjuk biolipid di Muara Sungai Selangor, Selangor: analisis prinsip komponen (PCA) sterol dan alkohol lemak

Sejumlah 34 sampel sedimen permukaan telah diambil di muara Sungai Selangor untuk mengenal pasti sumber dan variasi sebatian sterol dan alkohol lemak. Sampel kemudiannya diekstrak dan dianalisis menggunakan kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Hasil kajian menunjukkan kehadiran 10 sebatian s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Humrawali, H, Ali, M.M.
Format: Article
Language:English
Published: University Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5746/
http://journalarticle.ukm.my/5746/
http://journalarticle.ukm.my/5746/1/C4-2.pdf
Description
Summary:Sejumlah 34 sampel sedimen permukaan telah diambil di muara Sungai Selangor untuk mengenal pasti sumber dan variasi sebatian sterol dan alkohol lemak. Sampel kemudiannya diekstrak dan dianalisis menggunakan kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Hasil kajian menunjukkan kehadiran 10 sebatian sterol dan 18 sebatian alkohol lemak di dalam sampel. Secara keseluruhannya, kawasan kajian didominasi oleh fitosterol, alkohol lemak rantai panjang (C21-C24) dan fitol yang merupakan penunjuk bagi bahan organik terestrial. Selain itu, sebatian sterol dan alkohol lemak yang lain juga dikenalpasti hadir yang menunjukkan input daripada organisma marin, bakteria dan sisa kumbahan. Analisis prinsip komponen (PCA) yang dijalankan terhadap kesemua sebatian sterol dan alkohol lemak telah berjaya mengkategorikan lokasi kajian kepada tiga sumber bahan organik iaitu terestrial, alga dan campuran di antara sumber marin, bakteria dan sisa kumbahan. Oleh itu, berdasarkan kepekatan individu serta PCA, kajian ini menunjukkan kehadiran sterol dan alkohol lemak di lokasi kajian adalah berpunca daripada pelbagai sumber walaupun didominasi oleh input daripada sumber terestrial.