Pendidikan dan komuniti Bidayuh: kajian kes perbezaan gender dalam penyertaan dan pencapaian (Education and the Bidayuh community – a case of gendered participation and attainment)

Kajian-kajian lepas secara jelas menunjukkan wujudnya perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di Daerah Serian,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Novel Lyndon, Sivapalan Selvadurai, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Rosniza Aznie Che Rose, Mohd. Nor Shahizan Ali, Mohd. Helmi Abdul Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5743/
http://journalarticle.ukm.my/5743/
http://journalarticle.ukm.my/5743/1/18c.geografia-nov%25202012-si-Novel%2520bidayuh-edam1.pdf
Description
Summary:Kajian-kajian lepas secara jelas menunjukkan wujudnya perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di Daerah Serian, Sarawak. Faktor-faktor perbezaan ini dibina oleh pandangan dunia atau lebih tepat daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri. Pandangan-pandangan ini telah dikumpul melalui temubual mendalam dengan 50 informan peserta program SPKR (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat). Kajian ini menggunakan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini bermula dengan mendapatkan pelaku sosial untuk mendedahkan tema-tema yang mereka gunakan dalam berbincang mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di dalam pencapaian pendidikan. Analisis menunjukkan bahawa terdapat dua tema utama wanita Bidayuh ketinggalan dalam pendidikan berbanding dengan lelaki. Kedua-dua tema tersebut ialah pengaruh budaya dan latar belakang sejarah.