Dokumentari the Kinta Story (1949): representasi dan konstruksi citra warisan di sebalik teknik penerbitan filem dokumentari sejarah (The Kinta Story (1949): heritage representation and image construction behind a historical documentary film production)
The Kinta Story (1949) sebuah karya Filem Negara Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malayan Film Unit) yang mengisahkan perjuangan penduduk, pelombong dan pihak berkuasa (British) dalam mewujudkan skim menghapuskan kekacauan komunis di kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta. Seti...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5741/ http://journalarticle.ukm.my/5741/ http://journalarticle.ukm.my/5741/1/16c.geografia-nov%25202012-si-shahizan-edam.pdf |
Summary: | The Kinta Story (1949) sebuah karya Filem Negara Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malayan Film Unit)
yang mengisahkan perjuangan penduduk, pelombong dan pihak berkuasa (British) dalam mewujudkan skim
menghapuskan kekacauan komunis di kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta. Setiap aspek yang
divisualkan dalam filem dokumentari ini menjadi perlambangan kepada perjuangan mereka menentang ancaman
pengganas komunis. Teknik penerbitan dianalisis bagi mengenal pasti mesej tertentu yang ingin disampaikan
penerbit kepada penonton melalui enam sekuen filem dokumentari tersebut. Rentetan daripada faktor sosial,
teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna penonton, maka filem
dokumentari The Kinta Story (1949) telah menjadi bahan sampingan secara senyap menyuntik nilai pensejarahan
dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Persoalannya, adakah mesej yang ingin disampaikan oleh filem
dokumentari ini melalui teknik penerbitan yang ditampilkan dapat mencapai kumpulan sasarannya? Analisis
pembinaan makna di sebalik teknik penerbitan ini adalah berdasarkan kepada pendekatan Blumenberg (1975), Floch
(2000) dan Zettl (2005) yang meliputi jenis syot, pergerakan kamera, kedudukan kamera serta teknik penyuntingan
yang digunakan. Kewujudan indeks seiringan dengan linguistik dalam sesebuah wacana membolehkan penonton
memahami setiap persembahan visual dengan mengaitkan setiap indeks tersebut dengan keadaan dunia yang
sebenar. Implikasinya, dapat menambahkan lagi persembahan semulajadi yang menjadi daya penarik ke atas filem
dokumentari tersebut. Hasilnya teknik penerbitan yang digunakan dalam menghasilkan filem dokumentari ini telah
berjaya menghasilkan sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan rakyat dalam menghapuskan
ancaman komunis. |
---|