Implikasi perubahan struktur ekonomi kepada wanita: situasi di Malaysia (Gender shift and its implications for the Malaysian economic structural change)
Kerajaan Malaysia secara aktif telah membentuk pembangunan ekonomi negara semenjak 30 tahun yang lepas dan melaksanakan dasar yang boleh mengubah struktur ekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5736/ http://journalarticle.ukm.my/5736/ http://journalarticle.ukm.my/5736/1/11c.geografia-nov%25202012-si-Nor%2520Rahamah-edam.pdf |
Summary: | Kerajaan Malaysia secara aktif telah membentuk pembangunan ekonomi negara semenjak 30 tahun yang lepas dan
melaksanakan dasar yang boleh mengubah struktur ekonomi. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah secara
beransur-ansur daripada bergantung kepada pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada ekonomi perindustrian
yang lebih moden, berintensif kemahiran dan menggunakan teknologi yang canggih supaya dapat menghasilkan
berbagai jenis keluaran, mempunyai rekabentuk yang lebih baik dan kompetitif untuk memenuhi kehendak pasaran
global. Makalah ini akan meneliti corak taburan pekerjaan wanita mengikut lima tahap perkembangan sektor
perindustrian menggunakan data sekunder. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan beberapa perkara. (1)
Terdapat perubahan jelas dalam peranan ekonomi yang dilakukan oleh wanita di Malaysia. Mulai pada tahun
1980an, aktiviti ekonomi wanita sudah berubah daripada penggunaan secara luas sebagai buruh murah dalam
kategori pekerjaan pertanian kepada pekerjaan pengeluaran, dan pekeranian. (2) Terdapat kemajuan dalam kualiti
pekerjaan wanita seperti mana dicerminkan dengan peningkatan wanita dalam pekerjaan profesional dan
pekerjaan pejabat yang lain di mana keadaan kerja dan gaji adalah lebih baik daripada pekerja dalam industri
pertanian. (3) Pekerja wanita masih bertumpu dalam pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pekerjaan “tradisi”
seperti pengajar/guru, jururawat, jurutrengkas, dan jurujual. (4) Perubahan yang dapat dilihat dalam struktur
pekerjaan wanita yang menunjukan kemunculan corak baru pekerjaan wanita kepada pekerjaan bukan-tradisi
seperti pakar undang-undang, pekerja perubatan, jurutera, dan pengurus. |
---|