Perbandingan dos glandular purata payudara berdasarkan kombinasi anod/penuras tungsten/rhodium dan tungsten/argentum pada mamografi digital

Mamografi adalah cara paling efektif untuk mengesan keabnormalan payudara di kalangan wanita. Namun, mamografi dipercayai boleh menyebabkan karsinogenesis aruhan sinaran. Justeru pengukuran dos adalah penting untuk menganggar risiko dan mengawal kualiti imej. Kajian ini dijalankan untuk membandingka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kanaga Kumari Chelliah, Felecia Lumin
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2012
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5619/
http://journalarticle.ukm.my/5619/1/JSKM%20bab9.pdf
Description
Summary:Mamografi adalah cara paling efektif untuk mengesan keabnormalan payudara di kalangan wanita. Namun, mamografi dipercayai boleh menyebabkan karsinogenesis aruhan sinaran. Justeru pengukuran dos adalah penting untuk menganggar risiko dan mengawal kualiti imej. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan dos glandular purata (AGD) yang diperolehi fantom payudara berdasarkan dua kombinasi anod/penuras yang berbeza iaitu tungsten/rhodium (W/Rh) dan tungsten/argentum (W/Ag). Fantom payudara CIRS 012A didedahkan pada projeksi kraniokaudal (CC) menggunakan sistem mamografi digital Hologic Selenia. Kerma udara kemasukan permukaan (ESAK) diukur menggunakan dosimeter pendar cahaya terma (TLD). AGD diperolehi daripada pengiraan asas ESAK dengan faktor penukaran berdasarkan formula Euref. Ujian t tak bersandar menunjukkan perbezaan bererti dalam purata AGD yang diperolehi. Purata AGD W/Rh adalah lebih tinggi berbanding purata AGD W/Ag (p = 0.002, 95% CI: 0.22, 0.53). Kesimpulannya, penggunaan W/Ag menyumbang kepada pengurangan dos semasa pemeriksaan mamografi.