Kesertaan digital dan kelestarian telecenter pelbagai fungsi di Indonesia dan Malaysia
Telecenter bermaksud satu premis yang menjadi pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk penduduk desa mendapat maklumat dan ilmu. Peranan telecenter ialah untuk merapatkan jurang digital dan jurang sosioekonomi antara penduduk desa dan bandar. Ini bermakna faedah makronya telecenter meru...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5609/ http://journalarticle.ukm.my/5609/ http://journalarticle.ukm.my/5609/1/15.geografia-sept%25202012-jalaluddin-si-ppspp-ed%2520am2.pdf |
Summary: | Telecenter bermaksud satu premis yang menjadi pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk penduduk
desa mendapat maklumat dan ilmu. Peranan telecenter ialah untuk merapatkan jurang digital dan jurang sosioekonomi
antara penduduk desa dan bandar. Ini bermakna faedah makronya telecenter merupakan pusat
`membandarkan desa melalui reruang siber’. Berdasarkan faedah tersebut, pembangunan telecenter perlu dilihat
lebih luas peranannya dalam `membandarkan desa melalui reruang siber’. Pembangunan telecenter seperti mana
yang difahami sebelum ini hanya untuk mendedahkan penduduk desa dengan kemahiran ICT dan internet.
Telecenter pada abad ke 21 di desa-desa perlu berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk desa.
Ini kerana peranan telecenter abad ke 21 lebih luas peranannya seperti membangun aspek politik dan pentadbiran,
ekonomi, sosial dan budaya, teknologi, pendidikan, serta undang-undang dan peraturan masyarakat desa. Ini
bermakna peranan telecenter dalam `membandarkan desa melalui reruang siber’ bukan sekadar `telecenter’ yang
difahami selama ini, tetapi lebih kepada pembangunan telecenter pelbagai fungsi (multipurpose telecenter - MTC).
Pembangunan MTC merangkumi empat aspek utama. Pertama dari aspek infrastruktur dan perkhidmatan, kedua dari
aspek pembangunan dan keusahawanan, ketiga dari aspek e-pembelajaran dan pembelajaran berterusan, dan yang
terakhir dari aspek pembangunan industri perkhidmatan dan industri kreatif (quarnary sector). Persoalannya adakah
MTC dapat memenuhi keempat-empat aspek tersebut ? Adakah MTC boleh menjadi pemangkin kepada
pembangunan masyarakat berpengetahuan di Malaysia dan Indonesia khususnya di desa-desa ? Metodologi yang
digunakan untuk melihat pencapaian pembangunan MTC ialah melakukan analisis diskriptif berdasarkan satu
contoh pembangunan telecenter di Malaysia dan di Indonesia. Kemudiannya dibuat perbandingan berasaskan
pencapaian MTC masing-masing. |
---|