Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia
Kualiti hidup dan kesejahteraan adalah satu konsep yang saling melengkapi, sehinggakan ada pihak yang menerima dan menggunakannya secara tukar-ganti. Namun begitu, ianya boleh dibezakan daripada cara pengukuran, iaitu kualiti hidup biasanya diukur secara objektif dan kesejahteraan diukur subjektif...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5607/ http://journalarticle.ukm.my/5607/ http://journalarticle.ukm.my/5607/1/13.geografia-sept%25202012-zaimah-si-ppspp-ed%2520am2.pdf |
Summary: | Kualiti hidup dan kesejahteraan adalah satu konsep yang saling melengkapi, sehinggakan ada pihak yang
menerima dan menggunakannya secara tukar-ganti. Namun begitu, ianya boleh dibezakan daripada cara
pengukuran, iaitu kualiti hidup biasanya diukur secara objektif dan kesejahteraan diukur subjektif. Sehubungan
itu, kertas ini bertujuan membincangkan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan belia berkahwin dan bekerja
dalam sektor awam. Tahap kualiti hidup belia diukur berdasarkan kepada pendapatan bulanan, tahap
pendidikan, pemilikan rumah dan pemilikan produk kewangan. Sementara tahap kesejahteraan belia diukur
berdasarkan persepsi belia ke atas kepuasan terhadap situasi kewangan semasa. Hasil kajian menunjukkan
purata pendapatan bulanan responden ialah RM2,840.00. Kebanyakan responden mempunyai tahap pendidikan
peringkat ijazah dan hanya sekitara 40 peratus daripda mereka memiliki rumah sendiri. Daripada segi
pemilikan produk kewangan pula, sebahagian besar responden mempunyai simpanan, baik simpanan biasa
mahupun simpanan kecemasan. Sementara itu, tahap kepuasan kewangan belia berkahwin terhadap situasi
kewangan semasa mereka adalah sederhana. |
---|